Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin muda dilatih secara sistematik

Penubuhan Pergerakan Belia PBB akan beri platform untuk parti melatih pimpinan dari umur 18 tahun

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Penubuhan Pergerakan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan memberi platform untuk parti melatih pimpinan dari umur 18 tahun, kata Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, antaranya untuk belia mengenali selok-belok dan cara berpolitik secara rasional selain membolehka­n mereka melihat bagaimana pembanguna­n berjalan dari semasa ke semasa.

“Ini akan memberi pengalaman yang luas kepada mereka dalam kategori sayap Belia.

“(Dan) apabila berumur 28 tahun, mereka sudah mempunyai latar belakang berpolitik secara berhemah dan akan memasuki sayap Pemuda atau Wanita kerana sayap Belia bercampur jantina,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an ucapan penggulung­an dan penangguha­n Perhimpuna­n Agung PBB Ke-15 di sini, semalam.

Abang Johari yang juga Premier Sarawak menambah, setelah golongan belia terbabit sudah memasuki tahap Pemuda, mereka akan mempunyai pengalaman yang luas dari sudut selok-belok politik.

Kemudianny­a kata beliau, mereka akan menjadikan politik sebagai platform untuk menyumbang ke arah pembanguna­n masyarakat, negeri dan negara.

“Ini akan mendedahka­n mereka, tidak mudah untuk anda memimpin melainkan mempunyai pengalaman.

“Bermakna latihan yang akan kami berikan kepada belia adalah sistematik,” katanya.

Terdahulu, PBB telah membuat pindaan terhadap perlembaga­an parti bagi menubuhkan Pergerakan Belia yang diluluskan semalam.

 ?? ?? SIDANG MEDIA: Abang Johari pada sidang media selepas menyampaik­an ucapan penggulung­an dan penangguha­n Perhimpuna­n Agung PBB Ke-15 semalam.
SIDANG MEDIA: Abang Johari pada sidang media selepas menyampaik­an ucapan penggulung­an dan penangguha­n Perhimpuna­n Agung PBB Ke-15 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia