Utusan Borneo (Sarawak)

Polis giat buru pembuli jalan

-

KUCHING: Polis kini giat mengesan seorang pemandu yang bertindak memberhent­ikan keretanya hingga menghalang perjalanan sebuah kenderaan lain di Pasar Sungai Maong di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, ekoran daripada kejadian itu, pihaknya menerima satu laporan berhubung video yang tular yang dikatakan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi di lokasi terbabit.

“Susulan kejadian ini, polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 506/509 Kanun Keseksaan.

“Polis kini giat mengesan suspek bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian boleh menyalurka­n maklumat itu ke Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di talian 082862233.

Terdahulu, satu video berdurasi 30 saat telah dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook dipercayai mangsa, memaparkan seorang pemandu lelaki memberhent­ikan kereta dan menghalang kenderaan mangsa.

Kejadian itu dikatakan berlaku sekitar jam 11.30 pagi di Jalan Pasar Sungai Maong, Batu Kawa di sini.

 ?? ?? DICARI: Tangkap layar video menunjukka­n perbuatan suspek menghalang kereta mangsa.
DICARI: Tangkap layar video menunjukka­n perbuatan suspek menghalang kereta mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia