Utusan Borneo (Sarawak)

PICKids: Pemberian vaksin dibuka lima hari mulai hari ini

-

PUTRAJAYA: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan KanakKanak (PICKids) akan dibuka selama lima hari mulai hari inihingga 24 Jun untuk pemberian vaksin kepada kanak-kanak yang berumur lima tahun hingga 11 tahun.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata pembukaan program vaksinasi itu adalah sempena Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2022 yang disambut pada 16 Jun lepas, bertemakan ‘Perlindung­an Sepanjang Hayat untuk Semua’.

“Pembukaan vaksinasi ini adalah bagi meraikan ibu bapa yang kini berhasrat mendapatka­n vaksin COVID-19 bagi anak-anak yang terlepas peluang sebelum ini dan keprihatin­an Kementeria­n Kesihatan atas keselamata­n kanak-kanak daripada penyakit cegahan vaksin,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dr Noor Azmi berkata ibu bapa yang berhasrat mendapatka­n vaksinasi tersebut boleh mendapatka­n vaksinasi tanpa janji temu di klinik-klinik kesihatan di bawah KKM bermula hari ini hingga Jumaat.

Beliau berkata pemberian vaksin itu adalah berdasarka­n kepada stok vaksin di sesebuah fasiliti pada hari tersebut dan sekiranya stok untuk hari tersebut habis, ibu bapa boleh membawa anak mereka pada keesokan harinya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia