Utusan Borneo (Sarawak)

Tambahan RM30 juta bantu graduan bayar balik PTPTN

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju memperuntu­kkan tambahan RM30 juta bagi membantu graduan membayar balik pinjaman pelajaran dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bajet itu adalah tambahan kepada RM30 juta yang diperuntuk­kan sebelum ini.

“Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni semasa membentang­kan usulnya ada menyentuh mengenai menambah bantuan bagi membantu peminjam PTPTN.

“Sebelum ini kita peruntukka­n RM30 juta, jadi hari ini kita tambah RM30 juta lagi,” katanya dalam ucapan penggulung­an semasa Mesyuarat Perwakilan Tritahunan (TGM) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching. BCCK) pada Ahad (19 Jun).

Awal Mac tahun ini, Yayasan Sarawak menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan PTPTN.

Menerusi MoU itu, Yayasan Sarawak akan menggunaka­n peruntukan kerajaan negeri untuk memberi insentif kepada pelajar-pelajar Sarawak yang telah membayar balik sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pinjaman PTPTN untuk menyelesai­kan 30 peratus daripada baki pinjaman mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia