Utusan Borneo (Sarawak)

16 calon dipilih sebagai ahli MKT PBB Sayap Bumiputera

-

KUCHING: Keputusan 16 calon yang mengisi senarai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sayap Bumiputera untuk sesi 2022 hingga 2025 telah diputuskan semalam.

Pengerusi Tetap PBB Tan Sri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar mengumumka­n senarai 16 ahli MKT baharu dalam Perhimpuna­n Agung Tritahunan Ke-15 PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

11 daripada 16 ahli MKT PBB Sayap Bumiputera yang baharu dilantik ialah wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni mendahului senarai itu selepas memperoleh 867 undi.

Turut mendapat undian melebihi 800 undi ialah ADUN Saribas Mohammad Razi Sitam (860 undi), ADUN Semop Datuk Abdullah Saidol (836 undi), ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo (830 undi), ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman (824 undi), ADUN Daro Shafiee Ahmad (824 undi) dan ADUN Beting Maro Razaili Gapor (806 undi).

Seterusnya ialah ADUN Simunjan Awla Dris yang memperoleh 798 undi, Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab (789 undi), ADUN Jemoreng Dato Dr Juanda Jaya (784 undi) dan ADUN Kalaka Mohamad Duri (779 undi).

Lima lagi ahli MKT bagi Sayap Bumiputera ialah Awangku Jinal Abedin Jawa yang memperoleh 766 undi, Dato Haidar Khan Asghar Khan (755 undi), Mohammed Kamaluddin Mohamad Effendie (687 undi), Mohamad Sardon Zainal (615 undi) dan Syed Hamzah Wan Hamid Edruce (529 undi).

Seramai 21 calon bertanding untuk MKT PBB Sayap Bumiputera bagi mengisi 16 kekosongan dalam jawatan tersebut.

Sementara itu, tiada undian untuk jawatan tertinggi PBB semasa Konvensyen PBB kali ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengekalka­n jawatan sebagai presiden parti manakala Timbalan

Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kekal sebagai timbalan presiden PBB.

Bagi jawatan Naib Presiden Kanan ialah Datuk Seri Fadillah Yusof dan Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Naib Presiden disandang Datuk Gerald Rentap Jabu, Datuk Julaihi Narawi, Dr Annuar Rapa’ee, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Roland Sagah Wee Inn, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Datuk Gerawat Gala, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Miro Simuh.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita PBB Dato Sri Fatimah Abdullah dan Ketua Pemuda PBB ialah Miro Simuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia