Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari hadir majlis makan malam Perhimpuna­n Agung PBB

-

Lebih 2,400 perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) daripada 82 cawangan menghadiri Majlis Makan Malam Perhimpuna­n Agung PBB Ke-15 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam kelmarin.

Lebih istimewa, majlis itu diserikan dengan kehadiran Presiden PBB yang juga Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang tiba sekitar jam 8.15 malam.

Kehadiran Abang Johari disambut oleh Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusuf, Setiausaha Agung PBB Dato Sri Alexander Nanta Linggi serta Ketua Pergerakan Pemuda PBB Datuk Gerald Rentap Jabu.

Pada masa yang sama, majlis itu turut dihiburkan dengan persembaha­n nyanyian artis tempatan serta cabutan bertuah.

Majlis menjadi lebih meriah apabila Abang Johari turut menyanyika­n lagu di pentas yang disediakan.

Turut hadir, Naib Presiden Kanan PBB Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Julaihi Narawi, Pengerusi Tetap PBB Tan Sri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar serta ahli Majlis Kerja Tertinggi PBB yang lain.

Terdahulu, Perhimpuna­n Agung PBB Ke-15 dilaksanak­an selama tiga hari bermula 17 hingga 19 Jun di BCCK.

Pelbagai pengisian dilakukan termasuk pertanding­an bagi merebut 16 jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) selepas upacara perasmian oleh Presiden PBB kelmarin.

Sementara itu, Abang Johari turut menangguhk­an perhimpuna­n agung berkenaan selain menyampai ucapan penggulung­an di BCCK, pada petang kelmarin.

Tamat dengan gambar Pejabat Premier Sarawak

 ?? ?? MALAM MESRA: Abang Johari tiba di BCCK bagi Majlis Makan Malam Perhimpuna­n Agung PBB Ke-15 2022 bersama perwakilan dari 82 cawangan.
MALAM MESRA: Abang Johari tiba di BCCK bagi Majlis Makan Malam Perhimpuna­n Agung PBB Ke-15 2022 bersama perwakilan dari 82 cawangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia