Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak adil kaitkan Dr Annuar dengan kontrovers­i tarian ‘seksi’

-

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat I Dr Annuar Rapa’ee berkata adalah tidak adil bagi sesiapa mengaitkan­nya dengan kontrovers­i tarian ‘seksi’ semasa perhimpuna­n Gawai lalu di sini.

Katanya, beliau hanya menghadiri majlis itu atas jemputan penganjur dan tidak mempunyai kawalan terhadap apa yang dirancang penganjur untuk majlis tersebut.

Sehubungan itu, beliau menganggap pihak mengaitkan­nya dengan acara itu berbuat demikian sematamata atas dasar politik dengan niat ‘membunuh’.

“Majlis dan semua program diatur oleh jawatankua­sa penganjur diketuai Joshua Ting daripada Parti Demokratik Progresif (PDP).

“Parti Pesaka Bumiputera

Bersatu (PBB) Zon Tengah dijemput dan diperuntuk­kan 25 meja. Saya diberi tugas menjemput tetamu dari 18 cawangan Zon Tengah dan cawangan berhampira­n.

“Oleh itu, untuk mengaitkan saya dengan tarian secara peribadi yang saya tidak mempunyai kawalan atas jenis persembaha­n pentas diinginkan oleh penganjur adalah ‘pembunuhan’ politik dan ‘watak’ semata-mata.

“Saya hanya salah seorang tetamu jemputan untuk malam itu.

“Hakimilah saya sebagai ahli politik menghadiri majlis itu sebagai tetamu jemputan. Janganlahk­itamelakuk­an‘pembunuhan’ watak dalam politik.

“Anda boleh mengutuk saya, jika saya tidak melakukan kerja saya untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya kepada The Borneo Post di sini, semalam.

Namun, Dr Annuar berkata beliau memohon maaf seikhlas hati sekiranya ada melakukan kesalahan semasa menghadiri majlis tersebut.

Katanya, beliau mengarahka­n pembantu peribadiny­a meneliti jemputan majlis pada masa akan datang melibatkan persembaha­n pentas.

“Dengan cara ini, saya tidak dikaitkand­engansesua­tuinsiden semata-matauntukm­embunuh watak saya dalam politik,” kata ADUN Nangka itu.

Pengerusi PBB Bawang Assan Romeo Christophe­r Tegong dalam satu laporan sebelum ini berkata beliau percaya kontrovers­i persembaha­n tarian ‘seksi’ pada perhimpuna­n Gawai itu dicetuskan oleh orang ramai bertujuan untuk dipolitikk­an, dengan sengaja memperkata­kan perkara tidak perlu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia