Utusan Borneo (Sarawak)

Perubahan laluan susulan pembukaan Jejambat LTM

-

MIRI: Jabatan Kerja Raya (JKR) mengumumka­n perubahan laluan susulan pembukaan Jejambat Lapangan Terbang Miri (LTM) Seksyen Pujut, Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, jam 12 tengah malam tadi.

JKR dalam kenyataann­ya berkata, orang ramai dari Miri By-pass yang ingin ke Emart Riam dinasihati melakukan pusingan ‘U’ di bawah jejambat manakala susur keluar dari Emart hanya dibuka ke arah Miri By-Pass.

“Orang ramai juga dinasihati menggunaka­n simpang keluar di hadapan kedai Kafe T4 ke Taman Tunku atau Lapangan Terbang Miri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan aliran trafik tersebut sila hubungi Unit Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, JKR Sarawak di talian 082230879 atau Kong Bing Leek (TMO) di talian 0109827927.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia