Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan konkrit Sungai Klassen baharu siap sepenuhnya: Harden

-

Kerja-kerja pembinaan jambatan konkrit menyeberan­gi Sungai Klassen yang baharu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang kini sudah siap sepenuhnya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Francis Harden Hollis berkata, Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) yang menelan kos RM350,000 itu akan memberi akses konkrit untuk menyeberan­gi sungai tersebut.

“Kerajaan negeri sentiasa menepati janji untuk menyediaka­n infrastruk­tur asas bagi memenuhi keperluan masyarakat.

“Melalui kemudahan yang disediakan, ia dipercayai dapat membuka ruang dan peluang untuk meningkatk­an taraf sosioekono­mi penduduk setempat,” katanya pada satu majlis ringkas barubaru ini.

Dalam pada itu, beliau telah menghadiri Majlis Ngiling Bidai Hari Gawai bersama masyarakat Dayak Rumah Rangga Kampung Sungai Tenggak B, Undop, Sri Aman.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang merakamkan penghargaa­n kepada penduduk setempat kerana mengadakan program tersebut.

“Terima kasih kepada penduduk rumah panjang kerana masih mengamalka­n tradisi budaya masyarakat Dayak dengan mengadakan majlis menandakan berakhirny­a musim perayaan tersebut,” ujarnya.

Beliau turut meluluskan peruntukan geran projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM3,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Rumah Rangga, Sungai Tenggak B.

Manakala Biro Wanita pula diberikan sumbangan berjumlah RM2,000 sebagai peruntukan membiayai aktiviti pertubuhan.

Hadir sama Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Elvis Didit, Penghulu Mingging Sigan, Penghulu Andar Suntai, Penghulu Leonard Libau Anol dan tetamu kehormat lain.

 ?? ?? PENGHUBUNG: Harden memotong reben untuk merasmikan jambatan konkrit baharu menyeberan­gi Sungai Klassen.
PENGHUBUNG: Harden memotong reben untuk merasmikan jambatan konkrit baharu menyeberan­gi Sungai Klassen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia