Utusan Borneo (Sarawak)

Program vaksin antirabies masih mendapat sambutan

-

Program vaksin antirabies, pelesenan anjing dan pemasangan mikrocip secara besar-besaran diadakan dua hari bermula kelmarin dan berakhir semalam di Padang Majlis Bandaraya Miri (MBM) di sini masih mendapat sambutan.

Orang ramai mempunyai haiwan peliharaan di rumah dan belum memberi suntikan atau memperbaha­rui suntikan antirabies untuk anjing mereka berikutan pandemik sebelum ini perlu mengambil peluang itu berbuat demikian.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin menggesa pemilik anjing di sini yang belum berbuat demikian mengambil peluang itu dengan membawa anjing peliharaan mereka mendapatka­n suntikan vaksin.

“Saya berharap mereka yang memelihara anjing dan belum mendapatka­n vaskinasi, datang ke pusat pemberian vaksin di sini untuk mendapatka­n vaksin secara percuma.

“Bersama kita berusaha membantera­s penyakit rabies daripada berlaku di Miri,” katanya ketika ditemui pada program itu di sini kelmarin.

Lee memberitah­u, suntikan vaksin antirabies itu penting sebagai usaha mencegah daripada berlaku penularan penyakit rabies atau anjing gila.

“Mereka memiliki anjing mesti berhati-hati kerana penyakit rabies atau serangan anjing masih perlu diambil perhatian berat kerana dua bulan lalu berlaku kes rabies di Sibu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pegawai Veterinar Bahagian Miri Dr Sylmie Al-Harir mengajak warga Miri memanfaatk­an program itu bagi membantu kerajaan mengekang penularan wabak anjing gila.

“Ini adalah satu peluang baik semua pemilik mempunyai anjing datang ke sini bagi mendapatka­n imunisasi, mikrocip dan lesen untuk anjing,” katanya.

Hadir sama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Adam Yii.

 ?? ?? CEGAH: Lee (dua kanan) dan Yii (dua kiri) menunjukka­n poster kesedaran rabies diedarkan sepanjang program itu di Miri semalam.
CEGAH: Lee (dua kanan) dan Yii (dua kiri) menunjukka­n poster kesedaran rabies diedarkan sepanjang program itu di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia