Utusan Borneo (Sarawak)

Masjid baharu bakal tampung keperluan jemaah dua kampung di Tebaang: Safiee

-

Pembinaan masjid baharu di kawasan Tebaang bakal memenuhi keperluan jemaah dari Kampung Tebaang Hulu dan Kampung Tebaang Hilir di kawasan itu.

“Masjid baharu yang bakal dibina ini akan dapat menampung keperluan para jemaah di kedua-dua kampung tersebut,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad ketika lawatan untuk mengenal pasti tapak projek masjid baru-baru ini.

Tambahan pula, kawasan itu turut menjadi tumpuan pekerja ladang berhampira­n untuk menunaikan solat Jumaat atau solat sunat Hari

Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Bercakap mengenai pembinaan masjid baharu, beliau memberitah­u bahawa masjid lama telah uzur dan strukturny­a hanya terbina daripada kayu.

Dari segi peruntukan, pembinaan masjid baharu itu telah diluliskan di bawah Projek Rakyat oleh Premier Sarawak dengan peruntukan RM4.6 juta.

Peruntukan bukan satu masalah bagi projek berkenaan namun tapak atau lokasi masjid baharu itu juga perlulah sesuai dan beberapa perkara lain akan turut diperhalus­i sebelum kerja-kerja pembinaan dimulakan secepat mungkin.

Turut hadir pada lawatan itu adalah Timbalan Pegawai Daerah Daro Madzihi Musa dan Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Mukah Ustaz Awang Yusshamry Awang Yusof.

 ?? ?? DI SINI: Safiee (tiga kanan) bersama yang lain ketika melawat tapak cadangan masjid baharu yang bakal dibina di kawasan Tebaang, Mukah.
DI SINI: Safiee (tiga kanan) bersama yang lain ketika melawat tapak cadangan masjid baharu yang bakal dibina di kawasan Tebaang, Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia