Utusan Borneo (Sarawak)

1,489 anjing berlesen didaftar di Sarawak setakat ini

-

Sebanyak 1,489 anjing berlesen telah didaftarka­n di seluruh Sarawak setakat ini, kata Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (DVSS) Dr Adrian Susin Ambud.

Tambahnya, jumlah ini termasuk 187 anjing berlesen yang dipasang cip mikro semasa pemvaksina­n besarbesar­an, pelesenan anjing dan program cip mikro secara serentak di sini, Sarikei dan Miri kelmarin.

“Daripada 187 anjing berlesen yang dipasang cip mikro pada Sabtu, 116 ekor anjing adalah dari Sibu manakala 71 dari Miri,” kata Dr Adrian di sini, semalam.

Bagi vaksinasi terhadap rabies, beliau mendedahka­n sebanyak 385 ekor anjing telah diberi suntikan kelmarin.

“(Sebanyak) 5,945 ekor anjing telah divaksin pada tahun ini termasuk 385 ekor semalam (semasa program vaksinasi besar-besaran, pelesenan anjing dan cip mikro),” katanya.

Daripada 385 ekor anjing yang divaksin, beliau memaklumka­n 217 ekor anjing telah divaksin di Sibu manakala 117 ekor anjing menerima dos pertama dan 51 ekor anjing menerima dos penggalak di Miri.

Di Miri, program diadakan di Padang Majlis Bandaraya Miri, Jalan Padang selama dua hari sehingga semalam dari jam 9 pagi hingga 4 petang manakala hanya satu hari di Sarikei dan Sibu.

Dr Adrian menyatakan, sambutan baik daripada orang ramai walaupun hujan lebat pada waktu pagi.

Sementara itu dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini DVSS berkata, cip mikro anjing adalah prosedur yang mudah dan selamat yang tidak mendatangk­an bahaya kepada anjing itu.

“Apabila anjing yang hilang ditemui, pihak berkuasa akan mengimbas haiwan itu melalui cip mikro bagi mencari maklumat pemiliknya,” kata DVSS.

Jabatan itu berkata, cip mikro juga menggalakk­an pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggun­gjawab.

“Pemasangan cip mikro membantu dengan pengenalan dan meningkatk­an akauntabil­iti pemilik,” tambah DVSS.

Ia telah menunjukka­n teknologi cip mikro direka untuk bertahan sepanjang hayat anjing itu.

DVSS juga menjelaska­n bahawa cip mikro bukanlah unit GPS dan oleh itu tidak boleh digunakan untuk mengesan haiwan tersebut.

“Cip itu dibaca oleh pengimbas tetapi hanya ketika anjing itu ditemui,” katanya.

DVSS berkata, setiap anjing yang dipasang cip mikro mesti terlebih dahulu mendapatka­n lesen daripada pihak berkuasa tempatan.

“Lesen anjing adalah keperluan di bawah UndangUnda­ng Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (Perlesenan dan Kawalan Anjing) 2018 bahawa setiap orang yang memiliki anjing hendaklah mendaftar dan mendapatka­n lesen yang dikeluarka­n oleh pihak berkuasa tempatan,” tambahnya.

 ?? ?? RAIKAN BERSAMA: Johnny (duduk tengah) bersama pegawai dan kakitangan KEMAS Bintulu memeriahka­n majlis tersebut.
RAIKAN BERSAMA: Johnny (duduk tengah) bersama pegawai dan kakitangan KEMAS Bintulu memeriahka­n majlis tersebut.
 ?? ?? BANTERAS RABIES: Kakitangan DVSS Sibu selepas selesai menjalanka­n program tersebut di Sibu, kelmarin.
BANTERAS RABIES: Kakitangan DVSS Sibu selepas selesai menjalanka­n program tersebut di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia