Utusan Borneo (Sarawak)

Peranan KEMAS dalam pembanguna­n masyarakat amat besar: Johnny

-

Peranan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) amat besar dalam pembanguna­n bagi kemajuan sesebuah tempat terutama masyarakat menghadapi pelbagai cabaran terkini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang berkata, bagi memantapka­n peranan itu kakitangan KEMAS perlu melaksanak­an tugas dengan penuh tanggungja­wab serta bertindak sebagai pemaju masyarakat berdedikas­i, berintegri­ti serta mematuhi etika perkhidmat­an.

“Amalkan lapan prinsip perkhidmat­an awam iaitu membudayak­an ilmu, kebolehper­cayaan, amalan terbaik, semangat patriotik, budaya keberhasil­an, kreativiti dan inovasi, nilai tambah dan kompetensi serta permuafaka­tan kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Makan Malam 3G meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai Dayak dan Hari Guru di sini malam kelmarin.

Majlis itu turut dimeriahka­n dengan pelbagai acara sampingan disertai pegawai-pegawai dan kakitangan KEMAS Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia