Utusan Borneo (Sarawak)

Cabaran coding Family Squad ajak penyertaan pasukan keluarga

-

Cabaran coding Family Squad mengajak penyertaan pasukan dari Miri untuk bengkel pertanding­an diadakan pada 2 dan 3 Julai depan.

Aktiviti secara percuma ini dianjurkan bersama Persatuan Informasi Ibu Bapa Miri (PIIM) dan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC).

Ia akan diadakan di RealFun Learning Centre di Taman Yakin bermula jam 9 pagi hingga 4 petang menggunaka­n bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Setiap peserta perlu membawa bersama sebuah komputer riba (perisian Intel i3, Ram 4GB) dan sebuah telefon pintar Android 7.0 dan ke atas.

Bengkel tersebut mengajar dan membimbing pasukan tentang mencipta mobile app atau aplikasi telefon.

Pengerusi PIIM Thomas Ngu berkata, pertanding­an adalah terbesar di Sarawak melibatkan penyertaan pasukan dari Sibu dan Kuching.

Tiga kumpulan dari setiap bahagian itu akan berkumpul di Miri untuk pertanding­an final pada 12 November nanti.

“Antara tujuan kita menganjurk­an aktiviti ini adalah sebagai memenuhi hasrat kerajaan negeri membangunk­an ekonomi digital Sarawak dengan menggalak ibu bapa dan kanak-kanak terhadap ilmu terkini teknologi,” katanya di sini, semalam.

Menerusi aktiviti ini, setiap pasukan perlu menghasilk­an ‘mobile app’ atau aplikasi telefon yang bermanfaat menyelesai­kan isu-isu penting masyarakat.

Antara yang pernah dihasilkan ialah aplikasi dapat mengatasi isu pengasinga­n dan pembaziran makanan dan isu menghadapi kebakaran hutan.

Timbalan Pengerusi Teo Yuang Teck berkata, aktiviti adalah bengkel fizikal pertama tahun ini.

Bengkel dalam talian diadakan dua kali pada tahun lalu iaitu Mei dan Disember.

Sebanyak sepuluh keluarga disasarkan dan penyertaan tutup pada 26 Jun ini.

Setiap pasukan adalah terdiri daripada minimum dua ahli (ibu atau bapa dan anak berusia 8 hingga 15 tahun) dan maksimum satu keluarga seramai enam orang.

Pendaftara­n boleh dibuat secara talian di alamat http:// familysqua­d.net/register

Juara peringkat daerah akan menerima hadiah wang tunai RM500, kedua (RM350) dan ketiga (RM200) berserta trofi.

Untuk final, juara bakal menerima hadiah wang tunai RM2,500, naib juara (RM2,000) dan ketiga (RM1,500) berserta trofi.

Hadiah RM500 menanti pemenang penggunaan teknologi terbaik dan anugerah pilihan rakyat.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Teo di talian 016-9810613.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia