Utusan Borneo (Sarawak)

921 peserta hadiri kempen kesedaran kesihatan

-

Seramai 921 peserta telah menghadiri kempen kesedaran kesihatan 2022 bertemakan ‘Pemupukan Celik Kesihatan’ di sini, baru-baru ini.

Majlis itu dianjurkan bersama Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dan Hospital Sibu.

Menurut kenyataan akhbar UTS di sini semalam, lebih 20 gerai pameran dibuka semasa acara itu untuk mendidik masyarakat tentang kepentinga­n kesedaran kesihatan.

Ini termasuk pemeriksaa­n kesihatan percuma, pemerik- saan mulut dan pondok ubat, derma darah dan banyak lagi.

“Bagi memupuk pengetahua­n perubatan kepada pengguna, ahli farmasi menubuhkan 10 gerai termasuk gerai pendidikan, gerai main peranan dan gerai permainan.

“Gerai pendidikan termasuk mengetahui fungsi ubat-ubatan, ubat tercemar, keselamata­n ubat dan kesedaran antibiotik.

“Semua gerai menerima jumlah pengunjung yang menggalakk­an terutama derma darah, pemeriksaa­n kesihatan, gerai penjagaan pergigian dan gerai kesihatan mental,” kata jurucakapn­ya.

Selain itu, 63 orang berdaftar sebagai penderma organ yang membayangk­an bahawa 504 nyawa akan diselamatk­an dan menjadi harapan 504 keluarga.

Bagi peraduan bergambar, Judy Wong memenangi hadiah pertama dan membawa pulang hadiah baucar

Starbucks bernilai RM100.

Wan Aarol Radzi adalah pemenang tempat kedua dengan membawa pulang hadiah kad Starbucks bernilai RM50.

Tempat ketiga dimenangi Julia Loi dengan memenangi hadiah kad Starbucks bernilai RM30.

 ?? ?? MERIAH: Antara peserta yang mengambil bahagian dalam kempen kesedaran kesihatan 2022 di Sibu, baru-baru ini.
MERIAH: Antara peserta yang mengambil bahagian dalam kempen kesedaran kesihatan 2022 di Sibu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia