Utusan Borneo (Sarawak)

Hakim mahkamah, rombongan melawat dan bermalam di Bung Bratak

-

Hakim mahkamah dan rombongan seramai 37 orang diketuai Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuching, Alexander Siew melawat dan bermalam di Bung Bratak, Bau baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Warisan Bung Bratak Dato Peter Minos berkata kunjungan rombongan tersebut disambut mesra oleh kakitangan Bung Bratak yang sentiasa terbuka menerima kedatangan pelawat pada bila-bila masa.

“Saya difahamkan, rombongan ini memilih untuk mengunjung­i dan bermalam di Bung Bratak kerana keaslian hutan, flora dan faunanya serta sejarah penempatan terawal Bidayuh ini,” katanya.

Minos turut difahamkan pihak mahkamah amat mengambil berat akan persekitar­an semula jadi dan hidupan liar dan dengan itu berusaha membantu dalam memelihara­nya.

Malah pihak mahkamah berusaha menghukum lebih berat mereka yang dengan sengaja membunuh dan memusnahka­n hidupan liar.

Terpesona dengan sejarah Bung Bratak dan persekitar­annya, rombongan tersebut juga menyatakan akan melakukan lebih banyak lawatan bersama keluarga ke Bung Bratak selepas ini.

Bagi mereka yang dari Kundasang, Sabah yang menyertai rombongan itu berkata Bung Bratak berbeza kerana bukan sahaja boleh didaki tetapi juga boleh didiami.

Minos dalam pada itu berterima kasih kepada pihak rombongan diketuai Alexander yang memilih Bung Bratak dalam rangka lawatan mereka.

Beliau berharap ini bukan lawatan mereka yang terakhir dan akan kembali semula ke Bung Bratak pada masa akan datang.

 ?? ?? RAIKAN TETAMU: Minos (berdiri sepuluh kanan) merakam gambar bersama rombongan hakim mahkamah dan kakitangan dari Sabah dan Sarawak di Bung Bratak, baru-baru ini.
RAIKAN TETAMU: Minos (berdiri sepuluh kanan) merakam gambar bersama rombongan hakim mahkamah dan kakitangan dari Sabah dan Sarawak di Bung Bratak, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia