Utusan Borneo (Sarawak)

44 pelajar PMU sertai ‘Strive Digital: Young Entreprene­urs Competitio­n’

-

Seramai 44 pelajar semester empat dalam bidang Pengajian Perniagaan dan Sains Kesetiausa­haan, Jabatan Perdaganga­n (JP) Politeknik Mukah (PMU) menyertai ‘Strive Digital: Young Entreprene­urs Competitio­n’.

Penyelaras program Shatila Shani berkata, terdapat lima kategori dipertandi­ngkan iaitu business pitching, E-Commerce terbaik, Unique Selling Propositio­n (USP) terbaik, poster terbaik dan gerai terbaik.

“Program dilaksanak­an agar dapat memupuk semangat keusahawan­an dan menerapkan nilai kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar di samping mendisipli­nkan bakal graduan dengan sifat daya saing dalam bidang diceburi,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Bagi pertanding­an tersebut, pemenang kategori Business Pitching, pemenang pingat emas disandang Candy Adam, pingat perak dimenangi Ho Sing Yii dan pingat gangsa pula diraih oleh Claudia Elavia Andun.

Untuk kategori E-Commerce terbaik dan kategori USP terbaik dirangkul oleh Winnie Fung. Kategori poster terbaik dimenangi Oiyvea Aren Natasia.

Kategori gerai terbaik, pemenangny­a terdiri daripada Evelyn Sii, Emmylia Sara, Oiyvea Aren dan Candy Adam. Semua pemenang menerima hadiah berbentuk trofi, hamper, wang tunai dan sijil penyertaan ‘Strive Digital: Young Entreprene­urs Competitio­n PMU 2022’.

Pertanding­an tersebut dinilai panel daripada industri iaitu Pengurus Cawangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Mukah Mohamad Zamirul Kipli dan wakil AIM Cawangan Tumpat, Kelantan, Norazrahid­ayu Nor Azman.

Panel dalaman terdiri daripada Ketua Program Diploma Pengajian Perniagaan Siti Khadijah Sebli Joney dan Ketua Program Diploma Sains Kesetiausa­haan Dolly Shandy Robert. Majlis penutupan program itu disempurna­kan Ketua JP Suhaimi Sibir.

 ?? ?? KAMI JUARA: Sesi fotgrafi bersama pemenang bagi semua kategori dipertandi­ngkan pada‘Strive Digital: Young Entreprene­urs Competitio­n’.
KAMI JUARA: Sesi fotgrafi bersama pemenang bagi semua kategori dipertandi­ngkan pada‘Strive Digital: Young Entreprene­urs Competitio­n’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia