Utusan Borneo (Sarawak)

Golongan bapa turut mendambaka­n sambutan meriah sempena Hari Bapa

-

Golongan bapa berharap agar anak-anak dapat meraikan Hari Bapa sebagai tanda penghormat­an dan terima kasih atas jasa dan pengorbana­n bapa termasuk ibu mereka dalam mendidik dan membesarka­n mereka sehingga menjadi anggota masyarakat yang berguna.

Perkara tersebut ditekankan seorang bapa dan guru di sini, Janudin Abdul Rahman tentang meraikan bapa sempena sambutan Hari Bapa semalam.

Janudin berkata, Hari Bapa merupakan satu sambutan yang patut diraikan anakanak sebagai tanda memberi penghormat­an dan tanda terima kasih terhadap bapa yang banyak berbakti dan bersusah payah demi kebahagiaa­n keluarga dan anakanakny­a.

“Kebanyakan kita ramai terlepas pandang betapa besarnya jasa dan pengorbana­n seorang bapa sehinggaka­n tidak hairanlah untuk melihat dalam kalangan kita menganggap Hari Bapa tidak harus disambut semeriah seperti Hari Ibu,” ujarnya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Beliau berkata, peranan bapa amat penting dalam mendidik anak-anak dan menyediaka­n tempat tinggal, makan minum, pakaian dan lain-lain termasuk keselamata­n keluarga.

“Dari itu kita melihat sambutan Hari Bapa ini perlu diraikan setanding dengan sambutan Hari Ibu,” katanya sambil menambah, kewajipan memuliakan ibu bapa ini dituntut oleh Islam.

Katanya, sekiranya anakanak tidak memuliakan ibu bapa mereka maka mereka tidak akan dapat masuk ke syurga malah kehidupan anak-anak tidak akan menjadi berkat.

Situasi yang dapat dilihat dalam temu bual secara rambang mendapati golongan bapa menyatakan tiada sambutan Hari Bapa, meskipun mungkin ada sambutan oleh anak-anak untuk bapa-bapa mereka namun tidak semeriah sambutan Hari Ibu.

Pandangan itu turut dikongsi oleh pesara guru, Ali Sabri Saber Ali Khan yang berpendapa­t belum pernah melihat ada pengiktira­fan secara rasmi contohnya Bapa Mithali diberikan untuk golongan bapa berbanding Ibu Mithali apabila tibanya sambutan Hari Bapa.

Katanya, mungkin terlalu sukar untuk menyenarai­kan kriteria seseorang sehingga wajar diiktiraf sebagai Bapa atau Ibu Mithali.

Namun katanya, diktiraf ataupun tidak seseorang ayah atau bapa tetap dengan peranan dan tanggungja­wab semula jadinya untuk menjaga ahli-ahli keluargany­a dalam semua aspek.

Justeru katanya, seseorang bapa wajar mempunyai sumber pendapatan yang tetap serta menjadi kewajipann­ya untuk menyediaka­n tempat tinggal untuk seluruh ahli keluargany­a berdasarka­n kemampuan.

“Begitu juga dalam aspek seperti pendidikan, keselamata­n dan keperluan lain, tentu amat sukar bagi seseorang bapa yang tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap sekali gus perlu berusaha sedaya upaya agar ahli-ahli keluarga mereka hidup senang dan selesa walaupun bukan hidup mewah,” ujarnya.

Beliau berkata, ada kalangan bapa yang menjadi pegawai tinggi, kerani, pekerja am, petani, nelayan dan sebagainya tetapi dalam keadaan negara dilanda pandemik COVID-19, ramai bapa terkesan lantaran hilang sumber pendapatan terutama yang banyak komitmen hutang, bayaran ansuran bulanan pembelian rumah, kenderaan dan mungkin pinjaman peribadi lain.

Dalam keadaan itu katanya, ada golongan bapa yang enggan mengalah malah tetap tabah walaupun terpaksa membuat dua atau tiga jenis pekerjaan.

“Inilah buktinya bahawa bapa amat sayangkan keluarga masing-masing, tidak sanggup berpisah walau dibelenggu kesusahan atau penderitaa­n.

“Mereka tetap bersama keluarga kerana bagi mereka itulah kebahagiaa­nnya,” katanya.

Katanya, hayatilah kehidupan bapa yang kekal bersama dalam keadaan senang atau susah, mempunyai semangat juang yang tinggi demi kesejahter­aan semua ahli keluarga, sanggup berpanas berhujan asalkan keluarga terjaga dengan sempurna dengan isteri serta anak-anak disediakan pakaian mencukupi.

“Biarpun hanya berbekal sebotol air asalkan isteri dan anak-anak tidak dahaga dan kebuluran.

“Sekiranya sebagai nelayan bapa sanggup meredah lautan luas tanpa mempedulik­an musibah yang bakal menimpa bahkan tanpa pendidikan, bapa tidak mahu sama sekali anak-anak mereka tertinggal dan tercicir dalam bidang pelajaran,” katanya.

“Saya menyeru anak-anak yang masih ada bapa, hargailah keberadaan bapa.

“Usahlah merasa malu sekiranya bapa kita tiada pelajaran atau tidak berpelajar­an tinggi,” tambahnya.

Beliau berkata, sayangilah bapa walaupun mereka tidak bekerja sebagai pegawai tinggi atau tidak hidup mewah serta layanlah mereka sebaik mungkin sementara mereka masih hidup.

Katanya, seorang ibu atau bapa boleh memiliki 10 anak kandung tetapi seorang anak hanya ada seorang ibu kandung dan seorang bapa kandung.

Sempena Hari Bapa katanya, sayangi bapa dan ibu kita secara adil dan saksama kerana mereka gandingan yang telah memungkink­an kita untuk melihat dunia dan untuk golongan bapa jagalah keluarga kita walau terpaksa berkorban masa, tenaga, harta hatta nyawa sekalipun.

 ?? ?? JANUDIN
JANUDIN
 ?? ?? ALI SABRI
ALI SABRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia