Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 84 orang berjaya menderma darah di Sarikei

-

Seramai 84 orang telah berjaya menderma darah pada Kempen Derma Darah anjuran Pertubuhan Pemelihara­an Hayat Sarikei dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Cabang Sarikei dan Unit Tabung Darah Hospital Sarikei di sini, semalam.

Pengerusin­ya Wong Chin Ngie berkata, program anjuran pertubuhan­nya pada kali ini mendapat sambutan yang amat memberangs­angkan.

“Terima kasih kepada semua yang telah melakukan dan menderma darah pada kali ini.

“Program ini merupakan satu usaha yang positif untuk memberi pendedahan kepada masyarakat menyemai sikap menyayangi orang lain menerusi konsep menderma.

“Program ini juga adalah salah satu tanggungja­wab pihak pertubuhan dan semua yang terlibat kepada golongan yang memerlukan sumbangan,” kata Wong kepada media di sini, semalam.

Program tersebut telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia