Utusan Borneo (Sarawak)

Program Larian Hari Guru erat hubungan silaturahi­m

- Oleh Hamzah Sanudin

Program larian lima kilometer sempena Hari Guru 2022 yang dianjurkan Majlis Guru Besar daerah ini bersama agensi kerajaan lain mampu mengeratka­n silaturahi­m antara semua peserta.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Lahad Datu Abdul Hakim Gulam Hassan berkata, penganjura­n program sebegini sangat baik dan memberi banyak manfaat.

Katanya, kolaborasi antara agensi kerajaan perlu kerap dilaksanak­an supaya dapat mewujudkan kerjasama yang mantap untuk memberikan perkhidmat­an kepada semua rakyat.

Selain itu jelasnya, larian berkenaan juga dapat meningkatk­an stamina dan kesihatan serta menggalakk­an semua peserta mengamalka­n gaya hidup sihat.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan larian sempena Hari Guru 2022 Peringkat Daerah Lahad Datu yang disertai lebih 400 orang di sini semalam.

Abdul Hakim turut menyampaik­an replika cek bernilai RM2,000 untuk aktiviti dan tabung Majlis Guru Besar Daerah Lahad Datu (MGBLD).

Menurutnya, syabas dan tahniah kepada seluruh warga pendidik yang bertungkus­lumus menjayakan program larian berkenaan.

Dalam pada itu, Abdul

Hakim mengharapk­an semua guru terus berbakti dan melaksanak­an amanah yang diberikan demi kejayaan semua murid di negara ini.

“Murid sekolah juga perlu sentiasa menghormat­i dan menghargai jasa guru-guru kerana telah memberikan ilmu sehingga berjaya menjadi orang yang bijak.

“Semua guru dan murid di sekolah diingatkan juga supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) walaupun negara sudah beralih ke fasa endemik,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi MGBLD Rahim Damit serta wakil daripada Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pejabat Kesihatan Daerah Lahad Datu.

 ?? ?? SUMBANGAN: itu.
Abdul Hakim (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Rahim pada majlis
SUMBANGAN: itu. Abdul Hakim (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Rahim pada majlis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia