Utusan Borneo (Sarawak)

60 penduduk kaum Cina sertai WARISAN

- Oleh Hamzah Sanudin

Seramai 60 penduduk daripada kaum Cina menyerahka­nborangkea­hlian Parti Warisan (WARISAN) di sini kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjong Justin Wong Yung Bin berkata, pihaknya bersyukur kerana terus mendapat sokongan daripada penduduk di sini terutamany­a kaum Cina.

Katanya, situasi politik dalam negeri semakin berubah dan rakyat kini lebih memilih parti tempatan untuk memimpin serta mewakili mereka.

“Kita lihat kebajikan rakyat Sarawak yang terus terjaga kerana sokongan yang diberikan terhadap parti tempatan untuk mengurus tadbir negeri mereka.

“WARISAN adalah parti tempatan yang mampu menyatu-padukan semua kaum dan agama serta menjaga kepentinga­n rakyat di Sabah,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

Menurutnya, walaupun WARISAN diterajui oleh pemimpin beragama Islam, namun semua kaum di negeri ini mendapat layanan yang sama rata tanpa terkecuali.

Beliau berkata, WARISAN adalah parti yang mempunyai jumlah Ahli Parlimen paling ramai di Sabah dan kekal teguh walaupun sebagai pembangkan­g.

“WARISAN akan terus bersuara khususnya berkaitan dasar yang tidak adil atau berat sebelah di peringkat persekutua­n ataupun negeri dengan keazaman untuk mempertaha­nkan hak Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, Justin mengalu-alukan dan menghargai penyertaan ahli baharu dari kaum Cina dan menggalakk­an mereka terus aktif dalam sebarang aktiviti bersama membantu rakyat.

“Penyertaan mereka adalah kekuatan baharu dan sebagai tulang belakang parti di peringkat akar umbi untuk bekerjasam­a ke arah Sabah yang lebih baik,” katanya.

 ?? ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia