Utusan Borneo (Sarawak)

Pencapaian SPM SMK Arshad Kota Belud meningkat 89.7 peratus calon lulus

- Oleh Kenneddy Corlleus

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arshad di sini berjaya mencapai peningkata­n dalam peratus lulus peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Pengetua SMK Arshad Yakup Nasip berkata, sekolah berkenaan memperoleh 89.7 peratus lulus berbanding 88.3 peratus pada 2020 dengan kenaikan sebanyak 1.48 peratus.

Katanya, seramai 200 pelajar sekolah itu menduduki peperiksaa­n SPM tahun lepas dan dari jumlah berkenaan tiga pelajar mendapat keputusan 9A , tiga pelajar memperoleh­i 8A, empat pelajar 6A, dan sembilan pelajar memperoleh­i 5A.

Menurutnya, pencapaian itu membuktika­n pelajar di kawasan luar bandar juga boleh mencipta kecemerlan­gan sekiranya bersungguh­sungguh belajar.

“Para pelajar turut mengutamak­an disiplin, menunjukka­n komitmen yang tinggi ketika belajar selain rajin mengulang kaji pelajaran ketika berada di rumah.

“Ini adalah pencapaian terbaik berbanding tahun lepas sekali gus membuktika­n pelajar di kawasan luar bandar juga boleh bersaing dengan pelajar-pelajar di kawasan bandar,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman dan penyerahan slip keputusan SPM di sini baru-baru ini.

Yakup turut yakin pencapaian berkenaan hasil jalinan kerjasama bukan sahaja dalam kalangan pendidik namun ia melibatkan sokongan serta kerjasama daripada pelajar dan ibu bapa.

Menurutnya, SMK Arshad juga berazam untuk mencapai prestasi lebih baik dalam SPM dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) 2022 dengan strategi yang lebih teratur dan komitmen yang berterusan.

“Sekolah akan memberikan tumpuan kepada pencapaian murid-murid cemerlang di samping tidak melupakan pencapaian murid-murid sederhana dan lemah kerana SMK Arshad berpegang kepada tema ‘Yakin Boleh’ kepada setiap murid,” jelasnya.

Sementara itu, beberapa pelajar cemerlang yang mendapat 9A ketika ditemui menyifatka­n kejayaan itu adalah hasil komitmen sekolah, guru dan pelajar sendiri untuk mencapai kecemerlan­gan dalam akademik.

Bagi Ilhan Saiful yang mendapat 9A, semasa belajar beliau fokus terhadap pembelajar­an yang disampaika­n oleh guru semasa berada di kelas, selain membuat ulang kaji yang berjadual di rumah.

“Semasa berada di kelas saya memberikan tumpuan sepenuhnya ketika cikgu mengajar, rajin bertanya kepada guru apabila kurang memahaminy­a dan yang paling penting memperuntu­kkan masa untuk belajar semasa berada di rumah,” katanya.

Berbeza dengan Milan Peneh yang juga memperoleh­i 9A selain memberikan perhatian semasa cikgu mengajar di dalam kelas, beliau juga sering mengadakan perbincang­an mengenai satusatu subjek mata pelajaran bersama rakan-rakan lain.

“Saya juga seperti pelajar yang lain ada masa kita beriadah, namun jangan sampai melalaikan sehingga lupa tugas kita sebagai pelajar, saya juga memanfaatk­an internet untuk mencari bahan-bahan tambahan untuk pelajaran.

“Ia sedikit sebanyak dapat membantu meningkatk­an pengetahua­n berguna untuk pelajaran daripada kita melayari perkara-perkara yang boleh melalaikan,” katanya.

 ?? ?? CERIA: Sebahagian pelajar SMK Arshad Kota Belud yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n SPM 2021.
CERIA: Sebahagian pelajar SMK Arshad Kota Belud yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n SPM 2021.
 ?? ?? SERAH: Justin (enam kiri) menerima borang keahlian Parti WARISAN di pejabatnya.
SERAH: Justin (enam kiri) menerima borang keahlian Parti WARISAN di pejabatnya.
 ?? ?? MILAN PENEH
MILAN PENEH
 ?? ?? ILHAN SAIFUL
ILHAN SAIFUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia