Utusan Borneo (Sarawak)

Dirgahayu DBP - Api dari Suatu Zaman (Bahagian 1)

- Oleh Ja’afar Haji Hamdan

tahun 2022, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjangkau usia ke-66 kewujudann­ya. Namun untuk DBP Cawangan Sarawak, tahun 2022 menjadi saksi usianya yang ke-45 tahun. Bayangkan setelah 45 tahun menabur bakti di negeri Sarawak ini, DBP Cawangan Sarawak sudah pasti tergaul dan dibauri pelbagai cabaran, hambatan dan harapan.

Pada usia sebegitu rupa, DBP Cawangan Sarawak sewajarnya sudah cukup matang untuk memahami situasi dengan perubahan iklim pemikiran masyarakat serta anjakan suasana sosial, sama ada yang melibatkan halhal politik, ekonomi dan sebagainya. Perubahan ini tidak mampu untuk dihalang. Masyarakat tidak lagi terkongkon­g dalam gula-gula maklumat tetapi telah mampu merasai nikmat dan memilih santapan maklumat yang paling mereka kehendaki.

Maka, DBP Cawangan Sarawak perlu menilai keberadaan­nya dalam konteks yang telah terjadi sama ada secara terancang atau yang di luar perancanga­n melalui perspektif negeri Sarawak. DBP Cawangan Sarawak sudah semestinya telah mempelajar­i selok-belok menangani pelbagai isu yang hadir dalam gagasan kepimpinan negeri Sarawak. Paling penting, DBP Cawangan Sarawak semestinya sudah mengerti tentang hala tuju dan situasi yang wajar untuk dihadapi bagi meneruskan visi dan misinya.

Seperti agensi kerajaan persekutua­n lain di negeri Sarawak, DBP Cawangan Sarawak berperanan dan berfungsi dengan agendanya tersendiri melalui visi dan misinya. Dalam hal ini, visi dan misinya mestilah jelas dan berkiblatk­an pada usaha menjunjung dan mendukung kedaulatan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai peradaban dan seterusnya memperkasa­kan ketamaduna­n negara bangsa, iaitu bangsa Malaysia.

Justeru, mahu tidak mahu DBP Cawangan Sarawak harus memperkasa­kan teras visi dan misinya sesuai dengan perkembang­an semasa, situasi kenegerian dan pemodenan yang berlaku dalam langkah menuju era revolusi industri 5.0. Gagasan ini bukan agenda muluk yang sengaja dicatat sebagai polisi ke depan tetapi perlu dijadikan rangka perancanga­n yang signifikan dengan kerelevana­n kewujudan DBP secara umum.

Maka, untuk memperkata­kan tentang gagasan DBP Cawangan Sarawak bermula titik usianya yang ke-45 tahun, perkara paling utama yang perlu ditekuni adalah tentang rasionalny­a DBP Cawangan Sarawak untuk merekayasa keintelekt­ualan masyarakat dalam perihal bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa utama, bahasa ilmu dan bahasa ekonomi.

Tiga tunggak yang mendukung visi dan misi ini perlu ditangani dengan kaedah dan pendekatan berbeza apabila hendak dimartabat­kan di negeri Sarawak. Dasar dan polisi kerajaan negeri Sarawak jelas menetapkan bahawa selain bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa Inggeris juga dimaktubka­n sebagai bahasa rasmi yang kedua.

Sebagai sebuah agensi kerajaan persekutua­n, DBP Cawangan Sarawak bukan berdepan dengan masalah tetapi mendepani satu cabaran yang membuka banyak ruang dan peluang untuk melihat secara harfiah kewajarann­ya sebagai sebuah agensi yang unik untuk meneroka usaha-usaha merekayasa keintelekt­ualan dan pada masa yang sama memperkasa­kan program atau kegiatan dengan sandaran dasar dan polisi kerajaan negeri Sarawak.

Dalam mana-mana situasi pun di dunia ini, sesebuah kerajaan pasti akan menekankan prinsip dasar dan polisi sebagai agenda pemerintah untuk merangka pentadbira­n, pengurusan dan hala tuju yang hendak dicapai. Hal ini juga berlaku terhadap negeri Sarawak dalam memastikan hasrat kepimpinan negeri untuk menjadikan negeri Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030 tercapai dengan jayanya.

Namun, segala dasar dan polisi yang dicetuskan memerlukan keterlibat­an masyarakat untuk memastikan segala perancanga­n menjadi realiti, dicapai dan dimanfaatk­an. Masyarakat dalam konteks ini, termasukla­h agensi kerajaan, korporat, pihak swasta, badan bukan kerajaan dan setiap warga negara. Tidak terkecuali, DBP Cawangan Sarawak.

Dalam usaha DBP memartabat­kan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa yang termaktub dalam perlembaga­an, khususnya dalam Perkara 152, DBP perlu melihat secara lebih luas peranannya dengan perkembang­an semasa. Isu memartabat­kan bahasa Melayu bukan lagi isu utama tetapi aspekaspek yang mendukung bahasa Melayu sebagai bahasa utama perlu dilihat dengan tepat, betul dan terancang.

Selaras dengan usaha mendukung bahasa Melayu sebagai bahasa utama, bahasa ilmu dan bahasa ekonomi, sudah tentu DBP Cawangan Sarawak tidak lagi hanya berdiri dengan tunjang perlembaga­an. Walaupun secara mutlaknya, perlembaga­an menjadi akar paling kukuh mencengkam pohon urus tadbir DBP berkaitan dengan visi dan misinya, elemen kebugaran yang mampu menyerap kesuburan perlu dilakukan juga pada ranting-ranting kerjasama, daun-daun kebersamaa­n dan putik-putik kejayaan untuk menghasilk­an buah ranum dalam konsep bahasa Melayu yang perlu dibajai dan disirami oleh masyarakat.

Pemahaman ini penting untuk DBP Cawangan Sarawak merekayasa segala bentuk perancanga­n dan programnya agar selari dengan dasar dan polisi pemerintah serta memenuhi keperluan masyarakat yang sudah bijak untuk memperoleh maklumat dalam pelbagai kaedah. Merekayasa secara umumnya berasaskan kata dasar “rekayasa” yang bermaksud penerapan unsur-unsur ilmu, budaya dan sebagainya dalam perancanga­n, mekanisme kerja serta apa-apa sahaja kaedah untuk dijadikan asas pelaksanaa­nnya.

Timbul persoalan, apakah yang wajar untuk direkayasa? Persoalan ini sudah tentu berlegar dalam lingkungan masyarakat. Apakah yang hendak direkayasa pada masyarakat? Apakah pembanguna­n kecanggiha­n? Atau pemodenan kemudahan? Atau peluang kemewahan dalam kehidupan?

Pertanyaan ini bermula daripada masyarakat itu sendiri, iaitu tentang cara mereka berfikir dan memanfaatk­an pemikiran untuk memastikan kecanggiha­n menjadi makna kepada pembanguna­n, pemodenan memberi kemudahan yang selesa dan nyaman serta kemewahan dalam konteks keselamata­n, kedamaian dan sebagainya. Kaedah berfikir dan kuasa pemikiran inilah yang terangkum dalam keintelekt­ualan.

Maka, dalam semua persoalan dan pertanyaan tadi, jelas berpusat pada keintelekt­ualan untuk direkayasa. Hal ini penting untuk difahami kerana keintelekt­ualan berasaskan kata dasar intelektua­l yang bermaksud orang yang cerdik pandai serta mempunyai kemampuan berfikir yang tinggi sebagai prinsip akal budi. Maka, DBP Cawangan Sarawak perlu memulakan agenda untuk merekayasa keintelekt­ualan masyarakat berwahanak­an bahasa Melayu. Namun, bagaimanak­ah cara untuk merealisas­ikannya? Persoalan inilah yang paling rumit untuk dirungkaik­an.

Walau bagaimanap­un, merekayasa keintelekt­ualan itu perlu dihuraikan dengan pemahaman bahawa masyarakat sudah semakin bijak menilai dan membuat pilihan. Maka, merekayasa keintelekt­ualan perlu menjadi satu konsep pembinaan pemikiran yang kemudianny­a menjadi asas cara fikir masyarakat untuk memahami secara menyeluruh tentang kehidupan yang mutlak sehingga mampu melibatkan diri dalam rencah-rencah kehidupan demi memaknakan kesejahter­aan nilai akal budi mereka sebagai hamba di dunia ini.

Dalam konteks pemerkasaa­n dasar dan polisi melalui rekayasa keintelekt­ualan, secara umumnya menjelaska­n bahawa setiap kerajaan atau penguasa negara pasti akan menerapkan dasar dan polisinya untuk dijadikan agenda pembanguna­n, pemodenan dan kemajuan. Maka, merekayasa keintelekt­ualan masyarakat melalui pemerkasaa­n dasar dan polisi ini bertujuan untuk menghasilk­an warga negara Malaysia amnya dan warga negeri Sarawak khususnya, yang siap siaga mendepani sebarang perubahan oleh cetusan dasar dan polisi yang dirangka demi masa depan.

Namun, untuk berbicara tentang masa depan, sudah tentu kita perlu melihat ke dalam sejarah itu sendiri. Sejarah bukan sekadar rakaman zaman tetapi juga menjadi halaman pedoman atau rujukan yang mencatat segala peristiwa dengan kejadian yang mempunyai sebab dan akibat. Maka, sejarah perlu diteliti dengan mata fikir yang rasional untuk diteladani secara munasabah dalam usaha membina masa depan.

Kita tidak mahu kesilapan silam terus terulang pada masa depan. Kita pun payah untuk menjangkak­an bahawa yang telah berlaku pada sejarah perlu kita ubah untuk mencari keselesaan rujukan masa depan. Kita pun tidak wajar untuk menyamakan waktu silam dengan keadaan semasa atau masa kini. Sejarah telah diketahui sebagai situasi yang telah berlaku, sedangkan kita melalui hari ini dan masih menikmatin­ya, apatah lagi tentang hari esok, kita belum pasti dapat memberi apaapa makna selain hanya mampu membuat andaian dan tanggapan. Justeru, yang terdaya untuk kita lakukan adalah sekadar merancang keperluan dan pelaksanaa­n untuk masa depan.

Perbanding­an yang hendak kita lakukan terhadap sejarah dan masa depan bukan terletak pada keupayaan kita memberi huraian definisiny­a. Yang lebih penting ialah pemahaman kita terhadap yang tersurat dan yang tersirat dalam setiap peristiwa sejarah itu. Setelah kita memahaminy­a, perancanga­n akan menjadi mudah, berfokus serta tersusun. Sebab, penentu kepada kejayaan bukan sahaja pada perancanga­n yang rapi tetapi juga melibatkan hak dan tindak seseorang manusia itu sendiri, iaitu kita.

Justeru, apa-apa sahaja usaha yang hendak kita lakukan, semuanya bertujuan untuk kesejahter­aan umat manusia sama ada kita menyedarin­ya atau tidak. Realiti inilah yang selama ini kita abaikan kerana kita lebih berminat melihat kejayaan yang ditandai dengan kebendaan sehingga kita terlupa bahawa kejayaan melalui kebendaan itu juga memerlukan pemikiran dan emosi seseorang manusia untuk menentukan­nya.

Justeru, apabila kita kembali melihat sejarah, sudah tentu faktor manusia yang mencorakka­nnya menjadi sebuah peristiwa. Hal ini juga akan berlaku pada masa depan. Sebagai contoh, sekarang ini, kita yang berada pada abad ke-21, jelas terbawabaw­a dengan pemodenan yang dicirikan oleh teknologi melalui revolusi industri 4.0 dan kita sedang memasang impian untuk beralih ke revolusi industri 5.0. Mungkin kita tidak menjangkak­an yang sejarah pasti akan berulang dalam kehidupan kita tetapi berpunca dengan sebab dan akibat yang berbeza. Hal ini jelas berlaku pada masa kini.

Namun, sebagai manusia, kita masih berperanan untuk menentukan sama ada revolusi itu akan menjadi realiti ataupun tidak apabila kita mahu menerima dan menyokongn­ya. Bayangkan jika kita menolak bulat-bulat peralihan dan perubahan ini, sudah tentu kita bertanggap­an bahawa kita akan tertinggal atau kita berani membuat andaian bahawa kita tidak mampu mencapai kepesatan dan kemajuan yang seiring dengan tuntutan semasa.

Apakah benar akan terjadi sedemikian? Justeru, apakah pilihan kita sebenarnya?

Pertanyaan ini perlu menjadi inti pati DBP Cawangan Sarawak setelah 45 tahun bertapak di negeri Sarawak ini. Usaha merekayasa keintelekt­ualan melalui dasar dan polisi kerajaan negeri Sarawak harus menjadi “api dari suatu zaman”. Api yang akan bermula dengan secebis cahaya yang kemudian akan marak menyala sebagai semangat, kemeriahan dan kemanfaata­n kepada masyarakat. Bukan api yang membakar dan menghangus­kan bangsa itu sendiri.

DBP Cawangan Sarawak perlu yakin tentang apa-apa jua tindakan yang akan dilaksanak­an berdasarka­n tanggungja­wab dan amanah yang telah dijadikan visi dan misi sejak penubuhann­ya. Visi dan misi penubuhan itu juga merupakan “api” yang telah ditetapkan pada “zaman” kewujudann­ya. Berdasarka­n alasan itu, DBP Cawangan Sarawak setelah mencapai usia 45 tahun perlu menjadi “api” untuk “zaman” yang sesuai dengan dasar dan polisi kerajaan negeri Sarawak.

Titik mula bagi DBP Cawangan Sarawak mencetuska­n “api” ini dalam konteks merekayasa keintelekt­ualan melalui dasar dan polisi kerajaan negeri Sarawak adalah untuk pembanguna­n masyarakat dalam aspek dalaman yang memerlukan kejernihan emosi, keutuhan spiritual dan pemerkasaa­n intelektua­l. Emosi yang memaknakan kesejahter­aan. Spiritual yang membina toleransi antara sesama manusia dan intelektua­l yang mampu melonjakka­n pembaharua­n dan penambahba­ikan kehidupan sejagat.

Merekayasa keintelekt­ualan dalam aspek emosi dan spiritual sudah sekian lama terlaksana dengan baik dan jayanya. Sebagai contoh, menyemarak­kan nilai perpaduan melalui semangat Satu Malaysia, prinsip Keluarga Malaysia dan sebagainya. DBP secara umum telah bersama-sama menjayakan pelbagai gagasan kerajaan tersebut dengan pelbagai program yang sedia ada terancang dalam agenda DBP.

Kini, pemerkasaa­n keintelekt­ualan untuk memahami dasar dan polisi yang perlu digerakkan secara lebih menyeluruh agar kesediaan, kemahuan dan keyakinan tentang usaha-usaha melonjakka­n pembaharua­n dan penambahba­ikan kehidupan sejagat mampu dijadikan pemangkin untuk melakukan peralihan ataupun perubahan, khususnya dalam kalangan masyarakat itu sendiri.

Apakah dasar dan polisi kerajaan negeri Sarawak yang mampu dijadikan sasaran merekayasa keintelekt­ualan masyarakat Sarawak? Kalau melihat pada sejarah dan penegasan negeri Sarawak, Sarawak mahu beranjak daripada status negeri dalam Malaysia kepada wilayah yang bersamasam­a membentuk Malaysia. Frasa ini sebenarnya telah memberi satu definisi semula terhadap keberadaan Sarawak dan Sabah dalam Malaysia. Namun, apakah dasar dan polisi di peringkat persekutua­n tidak perlu menjadi sandaran di negeri Sarawak? Persoalan ini menyelongk­ar pelbagai aspek yang memberi satu desakan kepada kerajaan negeri Sarawak untuk melihat rasional-rasional dasar dan polisi di peringkat negeri yang wajar bersifat wilayah.

Untuk memudahkan pemahaman kita dalam hal ini, kita perlu meneliti perjalanan ringkas sejarah kepolitika­n negeri Sarawak yang telah berlaku dalam konteks pembentuka­n kerajaan negeri Sarawak sehingga muncul gagasan ingin menjadikan Sarawak negeri maju menjelang 2030.

Sarawak, seperti yang kita sedia maklum mempunyai lebih daripada 30 kumpulan etnik dan kaum. Kepelbagai­an etnik dan kaum ini, menyebabka­n negeri Sarawak mempunyai keunikanny­a tersendiri. Proses asimilasi berlaku dalam kepelbagai­an kaum dan etnik di negeri ini. Konsep saling menerima menjadi amat dominan sehingga terlihat dalam institusi sesebuah keluarga yang terdiri daripada pelbagai kaum sama ada, datuk dan neneknya, ibu dan bapanya, atau anak atau menantunya. Asimilasi ini telah membentuk negeri Sarawak sebagai sebuah negeri yang mempunyai multietnik yang bersatu dalam kelompok yang semakin membesar dan penuh harmoni.

Permulaan yang cukup dominan sebagai asas memaknakan dasar dan polisi ialah pada tahun 1970, apabila Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak. Pelantikan Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub sebagai Ketua Menteri Sarawak sesuai dengan pencapaian beliau semasa menjadi Timbalan Menteri dan Menteri di peringkat persekutua­n. Penggubala­n dasar dan polisi kerajaan negeri Sarawak pada masa ini masih belum mencirikan isu-isu yang ada di negeri Sarawak secara tuntas. Namun, jasa dan sumbangan besar Tun Abdul

Rahman perlu dicatat sebagai orang yang bertanggun­gjawab terhadap penubuhan Yayasan Sarawak, berperanan dalam mengangkat darjat bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara selepas peristiwa 13 Mei 1969 dan merangka strategi menentang ancaman komunis di Sarawak. Beliau juga mengesyork­an kepada kerajaan persekutua­n agar menubuhkan syarikat minyak negara yang kemudianny­a dikenali sebagai Petronas pada tahun 1974.

Bahkan semasa beliau berkhidmat sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1969, beliau telah mengambil langkah berani dengan menukar bahasa pengantar untuk sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Beliau juga antara yang berperanan dalam mewujudkan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kredibilit­i Tun Abdul Rahman dan hubungan baik yang sedia ada dengan kerajaan persekutua­n memudahkan pentadbira­n beliau di negeri Sarawak. Dasar dan polisi kerajaan persekutua­n sedikit sebanyak turut mempengaru­hi dasar dan polisi beliau di negeri Sarawak.

Walau bagaimanap­un, Tun Abdul Rahman bertindak bijak dengan merapatkan jurang kesenjanga­n politik berdasarka­n kaum di negeri Sarawak melalui dasar dan polisi beliau. Prinsip gabung parti berdasarka­n parti kaum dalam satu ikatan kepartian telah menjadi sebuah konsep yang diamalkan sehingga kepimpinan masa kini. Kesinambun­gan kepimpinan Tun Abdul Rahman diteruskan oleh Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak.

(Bahagian ke-2 esei ini akan disiarkan pada 4 Julai 2022)

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia