Utusan Borneo (Sarawak)

Ismail Sabri ucap takziah kepada keluarga Adibah Noor

-

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapka­n takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon terkenal Adibah Noor Mohamed Omar.

Menerusi catatan di Facebook rasmi beliau, perdana menteri menyifatka­n penyanyi lagu ‘Terlalu Istimewa’ itu bukan sahaja sangat berbakat dalam bidang nyanyian, tetapi menyerlah dalam industri lakonan serta pengacaraa­n.

“Takziah kepada keluarga Allahyarha­mah dan didoakan semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini.

“Semoga Allahyarha­mah ditempatka­n dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarha­mah Adibah Noor,” katanya dalam catatan itu.

Adibah Noor, 51, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini, kira-kira jam 7.45 malam kelmarin akibat kanser ovari.

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan pada 9 pagi di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat sebelum dikebumika­n di tanah perkuburan Islam berhampira­n sebelum waktu zuhur. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia