Utusan Borneo (Sarawak)

Putera Mahkota Arab Saudi lawat Mesir, Jordan dan Turki

-

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman hari ini memulakan jelajah wilayah di Mesir bagi menguatkan hubungan wilayah, kata diplomat Arab.

Selepas Kaherah, Putera Mohammed, pemimpin de facto Arab Saudi, akan pergi ke Jordan dan kemudian ke Turki, menurut diplomat.

Semasa lawatan, beliau akan membincang­kan fail wilayah dan antarabang­sa serta masa depan kerjasama antarabang­sa, kata beliau sambil menambah bahawa pelaburan dan perjanjian tenaga dijangka ditandatan­gani.

Presiden Tayyip Recep Erdogan mengumumka­n pada Jumaat bahawa Putera Mohammed akan melawat Turki pada 22 Jun.

Ia akan menjadi lawatan pertama diraja Arab ke Turki sejak pembunuhan kejam wartawan Arab yang menjadi pengkritik Jamal Khashoggi dalam konsulat kerajaan di Istanbul, yang mengejutka­n dunia dan memberi tamparan hebat kepada hubungan di antara musuh wilayah.

Lawatan itu yang dibuat selepas lawatan Erdogan ke Arab Saudi pada April, akan memeterai usaha untuk memperbaik­i hubungan di antara kedua-dua negara.

Diplomat Arab menyatakan Putera Mohammed juga dijangka melawat Greece, Cyprus dan Algeria, kemungkina­n pada lewat Julai.

Kerajaan Arab Saudi bagaimanap­un masih belum mengesahka­n kunjungan putera mahkota itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia