Utusan Borneo (Sarawak)

Pembunuh pendakwa raya Paraguay dipenjara 23 tahun

-

Empat lelaki yang mengaku membunuh seorang pendakwa raya Paraguay ketika mangsa sedang berbulan madu di sebuah pantai di Colombia telah menerima hukuman penjara 23 tahun pada Jumaat, menurut pihak pendakwa raya.

Marcelo Pecci, 45, terkena dua das tembakan ketika bersama dengan isterinya di pantai pulau Baru di Caribbean pada 10 Mei.

Pecci mengkhusus dalam menangani jenayah terancang, pengedaran dadah, pengubahan wang dan pembiayaan keganasan.

Isterinya, wartawan Paraguay Claudia Aguilera, tidak tercedera dalam serangan itu.

Pasangan itu sedang menunggu kelahiran anak mereka.

Pembunuhan dilakukan dua orang lelaki yang tiba dengan menggunaka­n sebuah jet ski.

Pihak berkuasa membentuk semula jenayah melalui rakaman kamera keselamata­n.

Salah seorang daripada empat lelaki yang mengaku adalah seorang rakyat Venezuela, sementara yang lain adalah rakyat Colombia, kata pendakwa raya dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa Colombia menyatakan mereka belum mengenal pasti dalang pembunuhan, namun pembunuh upahan itu dibayar sebanyak AS$530,000.

Pecci menyiasat kumpulan jenayah yang berpusat di Brazil dan para pengubah wang di sebuah kawasan di mana sempadan Paraguay, Brazil dan Argentina bertemu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia