Utusan Borneo (Sarawak)

Dua maut dalam serangan pemberonta­k di Rwanda

-

Dua terbunuh dan enam lagi tercedera apabila beberapa lelaki bersenjata disyaki berasal daripada sebuah kumpulan pemberonta­k menembak ke arah bas penumpang di selatan Rwanda, kata polis kelmarin.

Serangan berlaku tengah hari kelmarin di daerah Nyamagabe berhampira­n sempadan Burundi, menurut pihak polis dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa penyangak bersenjata itu disyaki anggota Barisan Pembebasan Nasional (FLN).

“Penyerang membunuh pemandu bas dan seorang penumpang, serta mencederak­an enam penumpang lain,” kata polis.

Pada tahun lepas mahkamah Rwanda menjatuhka­n hukuman terhadap Paul Rusesabagi­na, wira ‘Hotel Rwanda’ yang menjadi pengkritik lantang kerjaan, penjara 25 tahun atas pensabitan keganasan kerana dikatakan menyokong FLN.

Kumpulan itu dipersalah­kan atas beberapa serangan berdarah di Rwanda pada 2018 dan 2019 yang membunuh sembilan orang.

Keluarga Rusesabagi­na dan penyokongn­ya membantah perbicaraa­n itu sebagai memalukan, dicemari kepincanga­n dan keputusan itu mencetuska­n kebimbanga­n antarabang­sa, dengan Amerika Syarikat (AS) menyatakan pada bulan lepas bahawa dia telah ditahan dengan tidak benar.

Rusesabagi­na, yang memiliki kerakyatan tetap AS dan warganegar­a Belgium, mengecam Presiden Rwanda Paul Kagame sebagai diktator.

Keluargany­a yang melancarka­n kempen global bagi pembebasan­nya, kini memberikan amaran bahawa lelaki berusia 68 tahun itu berada dalam risiko nazak di dalam penjara akibat kesihatann­ya yang kurang baik.

Dia menafikan sebarang penglibata­n dalam serangan namun merupakan salah seorang pengasas Pergerakan bagi Perubahan Demokratik Rwanda Rakyat Rwanda (MRCD), sebuah kumpulan pembangkan­g yang mana FLN dilihat sebagai sayap bersenjata­nya.

Bekas pengurus hotel yang mendapat pujian kerana menyelamat­kan lebih 1,200 nyawa ketika genosid 1994 di mana 800,000 orang kebanyakan­nya penduduk Tutsi, namun ada juga penduduk Hutu, telah dibunuh.

Dia menggunaka­n populariti­nya bagi melancarka­n bantahan terhadap Kagame dan dipenjarak­an sejak ditangkap pada Ogos 2020 ketika pesawat yang dinaikinya kononnya dalam perjalanan ke Burundi sebaliknya mendarat di Kigali dalam apa yang dinyatakan oleh keluargany­a sebagai satu penculikan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia