Utusan Borneo (Sarawak)

Jerman siasat kemungkina­n ratusan kes jenayah perang di Ukraine

-

Polis Jerman kelmarin menyatakan mereka sedang menyiasat beberapa ratus kes jenayah perang Rusia yang berpotensi di Ukraine termasuk ahli politik dan pegawai tentera yang disyaki mempunyai hubungan dengan kesalahan tersebut.

“Sehingga sekarang kami telah menerima satu jumlah dengan tiga digit bagi petunjuk,” Holger Muench, ketua polis persekutua­n BKA, memberitah­u akhbar Welt am Sonntag.

Siasatan tidak hanya meliputi pelaku jenayah perang yang disyaki namun juga ahli politik dan pegawai tentera, kata beliau.

“Ia merupakan bahagian paling sukar dalam siasatan kami, merumitkan kerja-kerja yang sulit.

“Sasaran utama kami adalah untuk mengenal pasti mereka yang bertanggun­gjawab atas kekejaman dan bagi membuktika­n tindakan mereka melalui siasatan kami dan membawa mereka ke muka pengadilan, termasuk di Jerman,” tambah beliau.

Negara itu mengamalka­n jurisdiksi sejagat yang membenarka­n sebuah negara asing untuk mendakwa jenayah terhadap kemanusiaa­n, jenayah erang dan genosid, tanpa mengira di mana ia telah dilakukan.

Bagaimanap­un, itu mungkin akan mengambil masa kerana siasatan yang dikaitkan dengan konflik Ukraine adalah hanya pada peringkat sangat awal, kata Muench.

BKA sedang dibantu dalam siasatanny­a oleh perkhidmat­an perisikan asing Jerman bersama yang lain yang telah merekodkan perbualan radio di antara tentera Rusia.

Pihak penyiasat Jerman juga mungkin akan dihantar ke Ukraine, kata Muench, sambil menambah bagaimanap­un mereka akan memerlukan mandat antarabang­sa untuk berbuat sedemikian.

Suruhanjay­a Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Ukraine pada Rabu lepas mengesahka­n menerima beberapa dakwaan mengenai pencabulan hak oleh pasukan tentera Rusia, namun menyatakan masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada ia bersamaan dengan jenayah perang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia