Utusan Borneo (Sarawak)

Kuil Sikh di bandar Afghan diserang

- — AFP

Penyerang bersenjata telah menyerbu sebuah kuil Sikh di bandar utama Afghanista­n kelmarin, melontar sekurang-kurangnya sebutir bom tangan serta mencederak­an dua orang, menurut kementeria­n dalam negeri dan beberapa saksi.

“Saya mendengar bunyi tembakan dan letupan dari ‘gurdwara’,” Gurnam Singh, seorang ketua komuniti Sikh memberitah­u AFP.

Jurucakap kementeria­n dalam negeri Abdul Nafi Takor menyatakan satu letupan bom tangan telah mencederak­an dua anggota komuniti Sikh.

Beberapa minit kemudian sebiji bom kereta diletupkan di kawasan itu namun tidak menyebabka­n sebarang kematian, jelas Takor.

Terdapat kira-kira 200 penganut Sikh yang menetap di Afghanista­n, berbanding kira-kira setengah juta orang pada tahun 1970-an.

 ?? — Gambar AFP ?? JAGA KESELAMATA­N: Seorang pejuang Taliban berkawal di hadapan sebuah kuil Sikh berikutan serangan oleh lelaki bersenjata di Kabul, kelmarin.
— Gambar AFP JAGA KESELAMATA­N: Seorang pejuang Taliban berkawal di hadapan sebuah kuil Sikh berikutan serangan oleh lelaki bersenjata di Kabul, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia