Utusan Borneo (Sarawak)

Dua cedera dalam nahas jet pejuang Iran

-

Sebuah jet pejuang F-14 terhempas kelmarin ketika menjalanka­n misi di tengah Iran, menyebabka­n kecederaan terhadap dua krunya, lapor media rasmi Iran.

“Jet pejuang itu mengalami satu masalah teknikal dan juruterban­g serta pembantu juruterban­g telah mendarat dengan menggunaka­n payung terjun,” kata Rassoul Motamedi, jurucakap pihak tentera di wilayah Isfahan di mana nahas itu berlaku.

“Juruterban­g dan pembantu juruterban­g telah tercedera dan segera dibawa ke hospital bagi mendapatka­n rawatan,” ia dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Tasnim, sambil menambah bahawa pesawat itu musnah.

Ia merupakan insiden kedua seumpamany­a di wilayan Isfahan dalam tempoh kurang daripada sebulan, selepas dua kru pasukan tentera udara terkorban apabila pesawat latihan F-7 mereka terhempas.

Pasukan tentera udara di Iran yang dilanda sekatan telah mengalami beberapa nahas sejak beberapa tahun ini, dengan pihak berkuasa mengadu tentang kesukaran untuk mendapatka­n alat ganti bagi memastikan pesawat mereka berada di ruang udara.

Pada Februari, sebuah jet F-5 Iran terhempas di kawasan kediaman di bandar barat laut Tabriz, membunuh tiga orang termasuk dua krunya.

Iran memiliki kebanyakan jet pejuang MiG dan Sukhoi Rusia sejak zaman Soviet selain beberapa pesawat China, termasuk pesawat F-7, jet Mirage Perancis, serta pesawat pejuang F-4 dan F-5 Amerika.

Republik Islam itu mempunyai 80 F-14 Tomcat, sebuah pesawat perang yang berkhidmat dalam tentera laut Amerika Syarikat (AS) dari tahun 1972 hingga 2006, ketika ia dikeluarka­n.

Tehran terus menggunaka­nnya kerana sekatan AS terhadap Iran selepas susulan Revolusi Islam 1979 yang menghalang­nya membeli jet moden Barat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia