Utusan Borneo (Sarawak)

Johnny Depp, Jeff Beck keluarkan album bersama

-

menang saman fitnah yang penuh kontrovers­i dan publisiti, pelakon Johnny Depp akan mengeluark­an satu album bersama artis rock England, Jeff Becker pada 15 Julai ini.

Album dengan 13 lagu yang berjudul

‘18’ bagaimanap­un kebanyakan­nya terdiri dari nyanyian semula, menurut kenyataan dari Depp dan Beck, dengan muzik daripada artis termasuk Beach Boys, Marvin Gaye dan Velvet Undergroun­d.

Selain itu, album ini juga termasuk dua lagu yang ditulis sendiri oleh Depp, 59.

Mereka bertemu pada 2016, membina perhubunga­n “kerana kereta dan gitar” sebelum Beck, 77, berkata dia mula menyedari “kemahiran Depp menulis lagu dan memahami muzik.”

Mereka mula berusaha menulis lagu pada 2019.

“Apabila saya dan Johnny mula bermain gitar bersama, ia benarbenar mengembali­kan semangat muda dan kreativiti kami,” kata Beck. “Kami akan bergurau tentang bagaimana perasaanny­a berusia 18 tahun sekali lagi, jadi ia kemudian menjadi tajuk album kami.”

Ia jauh dari penglibata­n pertama Depp dalam muzik: pelakon itu selama lebih dari satu dekad pernah merakam lagu dan menjelajah bersama kumpulan Hollywood Vampires, kumpulan yang dia tubuh bersama-sama Alice Cooper dan Joe Perry.

“Ia satu penghormat­an besar untuk bermain dan menulis muzik bersama Jeff, salah seorang legenda sebenar dan seseorang yang sekarang saya boleh gelar abang saya,” kata Depp dalam satu kenyataan.

Beck ketika ini dalam jelajah di Eropah, dengan Depp menjadi tetamu istimewa.

Depp memenangi saman fitnah bernilai 15 juta dolar ke atas bekas isterinya, Amber Heard, yang hanya menerima pampasan 2 juta dolar.

Juri mahkamah mendapati Heard, 36, memfitnah Depp dengan menggambar­kan dirinya sebagai “orang penting mewakili penganiaya­an domestik” dalam artikel yang dikeluarka­n akhbar The Washington Post pada 2018, walaupun dia tidak menyebut nama pelakon itu. Depp mengalami kerosakan reputasi berikutan penerbitan artikel itu.

Heard menerima pampasan 2 juta dolar kerana juri mendapati bahawa salah seorang peguam Depp memfitnahn­ya.

— AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia