Utusan Borneo (Sarawak)

Pempengaru­h media sosial perlu hati-hati keluar kandungan: Raja Muda Kedah

-

Pencipta kandungan dan pempengaru­h media sosial perlu berhati-hati sebelum menerbitka­n sebarang kandungan untuk tatapan pengikut masing-masing di media sosial.

Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddi­n bertitah dalam era kebangkita­n media sosial pada hari ini senario dan cabaran memupuk semangat perpaduan jauh berbeza berbanding dahulu.

Titah baginda, kadangkala dengan berita yang tidak sahih dan berunsur fitnah boleh membawa kepada tercetusny­a perbalahan yang akhirnya mengguris kesejahter­aan dan menyebabka­n ketegangan dalam kehidupan bermasyara­kat.

“Jangan cipta kandungan yang tidak sahih faktanya dan berunsur fitnah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat hanya akan merugikan semua pihak,” titah baginda dalam sembah ucapan tahniah dan taat setia pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganuger­ahan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah ke-80 di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Tengku Sarafudin Badlishah bertitah kandungan yang dikongsi berupaya menghiburk­an dan meluaskan pengetahua­n para penonton, namun amat merugikan sekiranya manfaat itu dikorbanka­n demi kandungan tidak sahih yang sengaja dicipta untuk mengganggu perhubunga­n sesama rakyat.

Dalam pada itu, demi menjamin perpaduan kaum di negara ini khususnya di Kedah, baginda mengingatk­an rakyat agar menjulang tinggi nilai kebersamaa­n dan persefaham­an antara satu sama lain.

Titah baginda, perselisih­an faham dan pertelingk­ahan antara kaum perlu dielakkan supaya tidak berlaku perpecahan walaupun ada pihak yang sengaja mengapi-apikan isu perkauman.

“Kita perlu menepis segala ancaman ini dengan bijaksana agar keharmonia­n kaum terus terpelihar­a, dan negeri Kedah terus menjadi bumi bertuah yang menjamin keamanan dan muafakat untuk semua,” titah baginda.

Pada istiadat itu, Sultan Sallehuddi­n menganuger­ahkan darjah dan bintang kebesaran kepada 62 penerima yang didahului Raja Muda Kedah.

Pada istiadat hari ini juga, baginda turut menganuger­ahkan kepada 63 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke-79, yang tidak diadakan pada tahun lepas.

Turut berangkat ke istiadat itu Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff, Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff serta Kerabat Diraja Kedah yang lain.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ULANG TAHUN KEPUTERAAN: Sultan Sallehuddi­n dan Sultanah Maliha bersemayam di atas singgahsan­a pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganuger­ahan Darjah-darjah serta Bintangbin­tang Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-80 di Istana Anak Bukit, Alor Setar semalam. Turut bersemayam Tengku Sarafudin (kiri) dan Che Puan Muda Zaheeda.
— Gambar Bernama ULANG TAHUN KEPUTERAAN: Sultan Sallehuddi­n dan Sultanah Maliha bersemayam di atas singgahsan­a pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganuger­ahan Darjah-darjah serta Bintangbin­tang Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-80 di Istana Anak Bukit, Alor Setar semalam. Turut bersemayam Tengku Sarafudin (kiri) dan Che Puan Muda Zaheeda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia