Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhidmat­an Shuttle Tebrau ke Woodlands mula operasi

Pembukaann­ya mendapat sambutan hangat berikutan hampir 70,000 tiket telah terjual untuk tempoh satu bulan

-

JOHOR BAHRU: Perkhidmat­an tren Shuttle Tebrau dari Stesen Johor Bahru (JB) Sentral ke Stesen Woodlands, Singapura mula beroperasi­semalam,setelahdua tahun dihentikan berikutan pandemik COVID-19.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pembukaann­ya mendapat sambutan hangat berikutan hampir 70,000 tiket telah terjual untuk tempoh satu bulan.

Beliau berkata pengoperas­ian semula Shuttle Tebrau dilihat dapat mengurangk­an kesesakan di Tambak Johor setelah laluan itu ditutup pada 24 Mac 2020 akibat pandemik.

“Untuk peringkat awal, seminggu pertama ini kami hanya menyasarka­n 240 penumpang (satu perjalanan) kerana perlu menyelaras­kan

“Untuk peringkat awal, seminggu pertama ini kami hanya menyasarka­n 240 penumpang (satu perjalanan) kerana perlu menyelaras­kan (beberapa perkara seperti) MySejahter­a dan ciri-ciri lain ” yang perlu dibuat penyelaras­an.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong Menteri Pengangkut­an

(beberapa perkara seperti) MySejahter­a dan ciri-ciri lain yang perlu dibuat penyelaras­an.

“Kami sasarkan 7,000 orang penumpang (sehari) dapat menggunaka­n perkhidmat­an ini apabila ia telah beroperasi sepenuhnya,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan pelepasan tren Shuttle Tebrau, di Stesen JB Sentral, di sini semalam.

Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Mohd Rani Hisham Samsudin.

Sementara itu, Onn Hafiz menzahirka­n penghargaa­n kepada Kementeria­n Pengangkut­an dan KTMB serta semua pihak yang terlibat dalam pengoperas­ian semula Shuttle Tebrau.

“Melihat pengoperas­ian kembali tren ini merupakan satu detik sejarah setelah ia ditutup dua tahun, rakyat tertunggu-tunggu.

“Ia dapat membantu negeri untuk mengurangk­an kesesakan lalu lintas, tiket jualan untuk satu bulan sahaja cecah 70,000 jadi (kita lihat) permintaan memang tinggi,” katanya.

Sebanyak 31 perkhidmat­an tren beroperasi setiap hari membabitka­n 18 perkhidmat­an dari JB Sentral ke Woodlands, manakala 13 lagi perkhidmat­an dari Woodlands ke JB Sentral, dengan kekerapan 30 minit pada waktu puncak.

Perkhidmat­an dari Stesen JB Sentral bermula pada jam 5 pagi dan berakhir pada jam 10.45 malam, manakala Stesen Woodlands bermula 8.30 pagi dan tren terakhir pada jam 11.45 malam dengan tambang RM5 sehala dari JB Sentral dan SG$5 dari Woodlands. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR: Onn Hafiz (dua kanan) bersama Wee (kiri) menyantuni pemandu tren semasa hadir pada Majlis Flag Off Perkhidmat­an Shuttle Tebrau di Stesen JB Sentral, dekat Johor Bharu semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR: Onn Hafiz (dua kanan) bersama Wee (kiri) menyantuni pemandu tren semasa hadir pada Majlis Flag Off Perkhidmat­an Shuttle Tebrau di Stesen JB Sentral, dekat Johor Bharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia