Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 20,000 lelaki dapatkan khidmat kaunseling LPPKN: Rina

-

Seramai 22,156 orang lelaki di negara ini mendapatka­n khidmat kaunseling daripada Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) atas pelbagai masalah sejak 2019 hingga Jun tahun ini.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 33 peratus berkaitan masalah dengan pasangan, 20 peratus masalah kewangan, 17 peratus masalah keluarga manakala 30 peratus lagi lainlain masalah.

“Kebanyakan lelaki yang telah menghadiri sesi kaunseling sama ada secara individu atau berkelompo­k tersebut adalah mereka yang berusia 40 tahun ke bawah dan usia perkahwina­n antara setahun hingga lima tahun.

“Khidmat kaunseling yang diberikan melalui Helpline FamilyCare@LPPKN ini adalah secara bersemuka dalam talian dan panggilan telefon,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan 2022 di pekarangan Klinik Nur Sejahtera (KNS) LPPKN di sini semalam yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankua­sa Kebajikan,

Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat dan Timbalan Pengerusi LPPKN Mastura Mohd Darby.

Sehubungan itu Rina menyeru lebih ramai kaum lelaki khususnya golongan bapa supaya memanfaatk­an bantuan psikososia­l yang disediakan LPPKN tersebut dan tidak menunggu sehingga masalah semakin kritikal, demi kesejahter­aan mereka dan keluarga.

Dalam pada itu Rina berkata bersempena dengan Hari Bapa yang disambut semalam dengan tema Kasih Bapa Pelindung Keluarga, kementeria­n melalui LPPKN menyediaka­n perkhidmat­an saringan kesihatan di setiap negeri secara percuma kepada 100 peserta lelaki terawal bermula hari ini hingga 25 Jun.

“Istimewany­a sempena majlis perasmian Hari Bapa pada hari ini, LPPKN menyediaka­n 300 lagi tambahan saringan kesihatan kepada kaum Adam di sekitar Dungun,” katanya.

Selain itu Rina turut mengumumka­n KNS LPPKN Dungun akan menjadi projek rintis pertama peringkat negeri yang menyediaka­n perkhidmat­an tambahan khusus untuk bantuan psikososia­l dan pendidikan kesihatan kepada lelaki setempat.

Katanya ia sebagai tambahan kepada fungsi utama KNS LPPKN yang lebih menjurus kepada kesihatan reprodukti­f wanita.

“Sebelum ini perkhidmat­an bantuan psikososia­l ini hanya disediakan di KNS LPPKN di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau menambah, setakat ini terdapat 49 KNS LPPKN yang beroperasi dalam premis di seluruh negara manakala terdapat 15 lagi KNS LPPKN yang beroperasi secara bergerak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Rina (duduk, dua kanan) menyantuni kanak-kanak yang melukis poster hari bapa semasa melawat Klinik Nur Sejahtera, Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) pada Majlis Sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan 2022 di Sura Jeti, dekat Dungun semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Rina (duduk, dua kanan) menyantuni kanak-kanak yang melukis poster hari bapa semasa melawat Klinik Nur Sejahtera, Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) pada Majlis Sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan 2022 di Sura Jeti, dekat Dungun semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia