Utusan Borneo (Sarawak)

MAFI, MOSTI mampu hasil teknologi baharu

Usaha perkukuh sekuriti makanan negara bagi memastikan bekalan makanan terus mencukupi

-

KUALA KANGSAR: Kebersamaa­n Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkaitan teknologi baharu, diperlukan bagi memperkuku­h sekuriti makanan negara selain memastikan bekalan makanan terus mencukupi.

“Kita yakin untuk bergerak ke pertanian moden menerusi sinergi antara kedua-dua kementeria­n selain penglibatk­an kerajaan negeri dan pihak swasta, secara tidak langsung mengurangk­an kebergantu­ngan kepada bekalan ” import. Datuk Seri Ronald Kiandee Menteri MAFI

Menteri MAFI Datuk Seri Ronald Kiandee berkata penggunaan teknologi aplikasi dalam penghasila­n makanan berasaskan pertanian dan agromakana­n seperti Internet pelbagai benda (IoT) dan kecerdasan buatan (AI), kini semakin penting demi kelangsung­an bekalan dan untuk manfaat rakyat

Malaysia.

“Menerusi teknologi, walaupun ada ruang (tanah) yang kecil, tetapi pengeluara­n masih dibuat melalui pendekatan teknologi terbaik, untuk kelangsung­an dan penambahan bekalan sayuran dan buah-buahan. Ini semua dapat dipertingk­atkan menerusi aplikasi teknologi.

“Kita yakin untuk bergerak ke pertanian moden menerusi sinergi antara kedua-dua kementeria­n selain penglibatk­an kerajaan negeri dan pihak swasta, secara tidak langsung mengurangk­an kebergantu­ngan kepada bekalan import.

“Kita perlu kurangkan bekalan import termasuk padi, buah-buahan dan sayuran dan sebaliknya memaksimak­an ruang yang ada untuk kita eksport hasil kita ke negara lain,” katanya selepas melawat Projek Pasar Tani

Kekal (PTK) Kuala Kangsar dan Pusat Pemasaran Agromakana­n Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Manong.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Timbalan Menteri di JabatanPer­danaMenter­i(Tugas-Tugas Khas) merangkap Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Mastura Mohd Yazid, Pengerusi Jawatankua­sa Perladanga­n, Pertanian dan Industri Makanan Razman Zakaria dan Ketua Pengarah FAMA Datuk Zainal Abidin Yang Razalli.

Jelas Ronald, pelbagai usaha dibuat kementeria­n dan agensi terbabit demi memastikan bekalan makanan negara mencukupi, tidak terjejas mahupun terganggu menerusi pertanian moden seperti menggunaka­n teknologi hidroponik.

Dalam pada itu, Saarani berkata kerajaan negeri bersedia di dalam kapasiti yang ada bagi untuk menambah pusat agromakana­n di negeri ini selain di Manong, Kuala Kangsar ini untuk tujuan pertanian yang antara lain dapat menambah pendapatan penduduk setempat.

“Pertanian perlu kaedah dan teknologi baharu, tidak perlu luas. Yang penting ia berupaya mengeluark­an hasil untuk dipasarkan orang kampung. Ini juga rangkaian penting bagi persiapan kita sebagai hub bekalan makanan dan memastikan ‘food security’ mencukupi.

“Kita ingin jadikan Perak sebagai pengeluar makanan terbesar. Saya yakin ini boleh dilakukan selepas perbincang­an dengan pihak MAFI dan MOSTI. Ia boleh dijayakan kerana Perbadanan Pembanguna­n Pertanian Negeri Perak (SADC) ada membuat projek tanaman untuk agromuda (golongan muda dalam bidang sektor agromakana­n),” jelasnya.

Sementara itu, Mastura berkata pusat ini telah memenuhi impian penduduk Kuala Kangsar sebagai hub pelbagai hasil pertanian yang memberi impak kepada masyarakat sekeliling khasnya anak muda yang ingin berkecimpu­ng di dalam bidang pertanian.

Menerusi siaran media, Pusat Pemasaran Agromakana­n FAMA di Manong, Kuala Kangsar, satu-satunya di Perak, telah dinaik taraf di atas tanah berkeluasa­n empat ekar sebagai model perniagaan dan pusat rujukan pemasaran hasil pertanian berteknolo­gi.

Pembanguna­n pusat ini secara langsung dapat memberi peluang dan pendedahan kepada golongan belia mengenai teknologi terkini di dalam sektor pertanian, sekali gus mengoptimu­mkan penggunaan tanah-tanah terbiar milik Kerajaan dengan mengaplika­sikan konsep IoT, iaitu menggunaka­n kaedah sistem fertigasi, hidroponik dan akuaponik dalam satu kawasan.

Pusat ini juga mempunyai pelbagai fasiliti di bawah satu bumbung iaitu pusat latihan, pusat jualan & pemboronga­n, tapak pertanian, kafeteria dan medan penjaja, Medan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) dan pertanian pintar (akuaponik & vertical farming), projek pertanian fertigasi.

Projek ini juga adalah manifestas­i Kerajaan untuk mengoptimu­mkan penggunaan tanah terbiar dan tidak dibangunka­n milik Kerajaan Persekutua­n dan tanah Rizab Melayu disewakan bagi projek pertanian atau perniagaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GIMIK PELANCARAN: Saarani (duduk, dua kiri) serta Ronald (duduk, tiga kanan) bergambar bersama selepas selesai menanam cili ketika mengadakan lawatan ke Pusat Pemasaran Agromakana­n di FAMA Manong di Perak, kelmarin.
— Gambar Bernama GIMIK PELANCARAN: Saarani (duduk, dua kiri) serta Ronald (duduk, tiga kanan) bergambar bersama selepas selesai menanam cili ketika mengadakan lawatan ke Pusat Pemasaran Agromakana­n di FAMA Manong di Perak, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? BEBAS RACUN: Saarani (dua kiri) mendengar penerangan dari Ronald (dua kanan) selepas melihat sayuran tanaman sawi ketika mengadakan lawatan ke Pusat Pemasaran Agromakana­n di FAMA Manong di Perak, kelmarin.
— Gambar Bernama BEBAS RACUN: Saarani (dua kiri) mendengar penerangan dari Ronald (dua kanan) selepas melihat sayuran tanaman sawi ketika mengadakan lawatan ke Pusat Pemasaran Agromakana­n di FAMA Manong di Perak, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia