Utusan Borneo (Sarawak)

7,000 peserta B40 terima bimbingan PEKB

-

Kira-Kira 7,000 peserta daripada golongan B40 berjaya dibimbing melalui program Pemerkasaa­n Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) seliaan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak ia diperkenal pada 2013.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata program itu, yang menyasarka­n 14 kursus bimbingan kemahiran keusahawan­an dan perniagaan kepada golongan B40 di kawasan bandar, menunjukka­n impak positif apabila ramai peserta berjaya meningkatk­an pendapatan serta taraf hidup mereka.

“Kita wujudkan skim latihan di PEKB khusus untuk B40 di kawasan bandar supaya mereka dapat meningkatk­an pendapatan dan lebih banyak peluang mengembang­kan perniagaan diberikan kepada mereka.

“Sebab itu kita bukan sekadar sediakan kursus malah kita juga beri barangan dan peralatan sama ada untuk memulakan perniagaan ataupun meningkatk­an lagi penghasila­n produk mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup PEKB di sini kelmarin.

Beliau juga berkata pihaknya menyaranka­n agar badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik oleh kementeria­n melakukan pemantauan secara berterusan terhadap peserta bagi memastikan program PEKB yang dilaksana benar-benar memberi impak positif dalam kehidupan mereka.

Ismail berkata setakat ini, NGO yang dilantik hanya melaksanak­an pemantauan dan penilaian terhadap peserta selama enam bulan selepas mereka mengikuti kursus kemahiran PEKB.

“Kita mahu NGO bertanggun­gjawab memantau usahawan di bawah mereka. NGO perlu tahu siapa usahawan yang mereka selia, di mana mereka dan apa yang mereka telah capai supaya kita dapat pastikan peruntukan yang disalurkan kerajaan ini digunakan sebaiknya serta melahirkan lebih banyak usahawan yang berjaya dalam kalangan B40,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia