Utusan Borneo (Sarawak)

Tempoh kuarantin disingkatk­an atasi kekurangan bekalan lembu untuk Aidiladha

-

Isu kekurangan bekalan lembu hidup bagi ibadah korban dijangka selesai menjelang awal Julai ini, termasuk tempoh kuarantin kemasukan lembu import yang dipendekka­n kepada 14 hari.

Ketua Pengarah Perkhidmat­an Veterinar (DVS) Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata pihaknya telahpun mengadakan beberapa siri perbincang­an dengan pihak berkuasa Thailand, untuk selesaikan beberapa perkara teknikal dan protokol, bagi membolehka­n lembu dari Thailand masuk ke Malaysia dengan segera.

“Semalam (Jumaat) pun kita sudah menghantar satu surat terkini kepada pihak Thailand, untuk meminta kerjasama mereka agar membenarka­n pengeluara­n sijil kesihatan veterinar bagi melepaskan lembu-lembu yang telah ada dalam stesen kuarantin di Thailand.

“Insya-Allah dalam tempoh yang terdekat, sebelum raya korban ini kita akan dapat selesaikan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke ladang ternakan ayam Leong Hup di Taboh Naning di sini kelmarin.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pembanguna­n) Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Badrul Hisham Mohd.

Jelasnya Malaysia memerlukan memerlukan 42,000 lembu hidup bagi tujuan ibadah korban, namun setakat ini bekalan lembu hidup tempatan hanya mampu membekalka­n dalam lingkungan 38,000 ekor sahaja.

“Kita masih bergantung harap untuk kemasukan segera lembu hidup dari luar khususnya daripada Thailand

memandangk­an saiz lembu yang diimport dari negara itu lebih sesuai bagi ibadah korban, seperti mana lembu yang ada di Malaysia,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata mereka yang ingin melaksanak­an ibadah korban juga tidak perlu bimbang dengan tempoh masa kuarantin, sekiranya lembulembu hidup dari Thailand itu dibenarkan memasuki Malaysia.

“Insya-Allah sempat sebab kita sudah tengok semula syarat protokol import kita dan perbincang­an dengan pemain industri minggu lepas, telah memaklumka­n tempoh kuarantin di Malaysia sudah disingkatk­an dan kembali kepada asal iaitu dari 30 hari kepada 14 hari.

“Jadi insya-Allah tempoh itu akan cukup untuk lembu keluar (kuarantin) sebelum Aidiladha,” katanya.

Menyentuh mengenai rumah sembelihan yang akan digunakan sepanjang Aidiladha, Dr Norlizan menjelaska­n jumlahnya masih belum ditentukan, namun sudah terdapat permintaan daripada pelbagai pihak untuk menggunaka­n perkhidmat­an di rumah sembelihan.

“Bukan saja semasa PKP tetapi dalam keadaan sekarang pun kita masih harap dan galakan penyembeli­han dilaksanak­an di rumah sembelih yang ditetapkan, sama ada kerajaan atau swasta.

“Untuk tahun ini kita jangkakan seperti tahun lepas juga, yang mana banyak rumah-rumah sembelihan sudah mula menerima tempahan bukan saja dari pihak berseorang­an, tetapi juga berkumpula­n yang hendak melakukan ibadah korban,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia