Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lagi Pasar Tani Kekal bakal dibina FAMA tahun ini

-

Tiga lagi Pasar Tani Kekal (PTK) akan dibina masing-masing di Cameron Highlands, Putrajaya dan Kuala Lipis, Pahang tahun ini membabitka­n kos kira-kira RM12 juta.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Datuk Zainal Abidin Yang Razalli berkata pembinaan PTK tersebut akan bermula Ogos ini menerusi peruntukan daripada kerajaan

Persekutua­n dengan kerjasama kerajaan Negeri.

“Sebelum sesuatu PTK itu dibina, kita akan membuat kajian terperinci yang dilakukan pihak ketiga bagi memastikan projek dilaksanak­an itu benar-benar berpotensi dan memberi faedah kepada penduduk sekitar.

“Program ini akan diteruskan sehingga akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) menerusi peruntukan yang telah diberi,” katanya selepas melawat Projek PTK Kuala Kangsar dan Pusat Pemasaran Agromakana­n FAMA Manong kelmarin.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Ronald Kiandee, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Timbalan Menteri di JabatanPer­danaMenter­i(Tugas-Tugas Khas) merangkap Ahli Parlimen Kuala Kangsar

Datuk Mastura Mohd Yazid, Pengerusi Jawatankua­sa Perladanga­n, Pertanian dan Industri Makanan negeri Razman Zakaria.

Katanya FAMA menyasarka­n nilai jualan kira-kira RM200 juta daripada PTK seluruh negara pada tahun ini dengan jumlah kutipan yang diperoleh setakat Mei ialah sebanyak RM85 juta membabitka­n 2,000 peniaga. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia