Utusan Borneo (Sarawak)

Kasih bapa tiada penghujung, Selamat Hari Bapa: PM

-

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapka­n Selamat Hari Bapa kepada semua individu bergelar bapa di seluruh negara.

Sempena sambutan Hari Bapa semalam, Ismail Sabri yang juga ayah kepada empat anak itu yakin sebagai pemimpin keluarga, setiap mereka yang bergelar bapa akan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga mereka.

“Kasih dan sayang seorang bapa adalah sepanjang hayat dan tiada penghujung­nya,” kata perdana menteri dalam catatan di Facebookny­a.

Beliau percaya setiap bapa akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

“Kepada semua yang bergelar bapa, Selamat Hari Bapa. Semoga kita menjadi bapa yang cemerlang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia