Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia perlu dasar pelaburan berdaya saing tinggi: Dr Mahathir

-

Malaysia perlu mempunyai dasar pelaburan yang berdaya saing tinggi bagi memperkaya­kan negara sekali gus dapat mengatasi isu kemiskinan masyarakat.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tanpa dasar pelaburan yang mesra pelabur serta infrastruk­tur dan pentabdira­n pelabur yang cekap, ramai pelabur akan lebih tertarik untuk melabur di negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia.

“Saya baru sahaja ke Indonesia dan mendapati sekarang ini, ramai pelabur berminat untuk melabur di Indonesia kerana kependuduk­annya yang berjumlah 270 juta orang telah membuka pasaran yang lebih besar berbanding Malaysia yang hanya mempunyai populasi lebih 30 juta.

“Kos pengeluara­n di Indonesia juga lebih rendah daripada kita jadi untuk itu, kita perlu mencari jalan supaya perkara ini dapat diatasi,” katanya pada sidang media Forum Kemiskinan Rakyat Malaysia Pasca Pandemik anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata, melalui dasar pelaburan yang baik, beliau percaya banyak peluang pekerjaan dan industri baharu dapat diwujudkan termasuk berkaitan dengan bekalan alat ganti.

“Jadi pelaburan menjadi satu perkara yang memperkaya­kan negara. Tanpa pelaburan negara akan jadi miskin dan kalau pelabur tidak dilayan dengan baik dan tiada dasar yang menarik maka saya percaya orang seperti Elon Musk umpamanya memilih untuk pergi ke Indonesia,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata kemiskinan memang melibatkan semua kaum di negara ini tetapi dalam kalangan masyarakat Melayu, keadaannya lebih teruk sehingga kadang-kadang memaksa mereka menjual harta dimiliki termasuk tanah demi kelangsung­an hidup.

Katanya kerana itu, kemiskinan harus diatasi tetapi kejayaan untuk menanganin­ya adalah bergantung kepada kemahuan masyarakat Melayu sendiri.

“Kalau mereka tidak memberi respons yang baik terhadap segala peluang yang ada untuk atasi kemiskinan maka ia (usaha banteras kemiskinan) tidak akan dapat dijayakan kerana ia bergantung pada kebolehan dan sifat kita, sama ada hendak mencari jalan yang mudah atau sebaliknya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia