Utusan Borneo (Sarawak)

PICKids akan dibuka semula bergantung kepada permintaan khas

-

Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan menyambung semula Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) bergantung kepada pemintaan khas.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, langkah itu bagi memberi peluang kepada mereka yang tinggal di kawasan pedalaman untuk mendapatka­n suntikan vaksin percuma selepas program itu berakhir 31 Mei lepas.

“Kita tidak akan buka dan sekiranya ada permintaan khas, ia (PICKids) dibuat sempena pengiktira­fan Minggu Imunisasi Kebangsaan yang diadakan di Sabah untuk diberikan kepada mereka yang belum mencapai umur lima tahun sehingga hujung tahun ini serta mereka yang tidak mendapat suntikan vaksin kerana dijangkiti COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, kepada pemberita selepas merasmikan Pertanding­an Memanah anjuran Abu Talhah Traditiona­l Archey Club (ATTAC) di sini kelmarin.

PICKids telah dimulakan pada Februari tahun ini bagi kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun dan dihentikan pada 31 Mei lepas.

Dr Noor Azmi berkata, mereka yang berkenaan boleh mendaftar menerusi aplikasi MySejahter­a untuk membuat janji temu bagi tujuan vaksinasi.

“Kita memberi peluang ini kepada mereka yang tinggal di pedalaman yang menghadapi masalah Internet seperti di Sabah... apabila mereka keluar (untuk menyertai PICKids), didapati imunisasi sudah tidak ada (tamat),” katanya.

Beliau berkata, Jawatankua­sa Kampung boleh membantu mengumpulk­an penduduk dan berbincang bersama pengarah kesihatan negeri yang akan membuat keputusan berkaitan pemberian vaksin.

Menurutnya, orang ramai juga boleh mendapatka­n vaksinasi sempena Minggu Imunisasi Kebangsaan bermula 20 hingga 24 Jun ini di semua klinik kesihatan seluruh negara secara jumpa terus.

“Saya berdoa dan berharap ibu bapa tampil membawa anak-anak bagi mendapatka­n vaksinasi kerana bimbang anak-anak terdedah dengan virus COVID-19,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MERASMIKAN: Dr Noor Azmi memanah bagi merasmikan Program Pertanding­an Memanah Tradisiona­l Terbuka Abu Thalhah Kelab (ATTAC) di Padang Awam Lembah Beriah, Bagan Serai kelmarin.
— Gambar Bernama MERASMIKAN: Dr Noor Azmi memanah bagi merasmikan Program Pertanding­an Memanah Tradisiona­l Terbuka Abu Thalhah Kelab (ATTAC) di Padang Awam Lembah Beriah, Bagan Serai kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia