Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan had usia kenderaan perlu dilihat menyeluruh: Wee

-

Cadangan bagi menangani isu kesesakan jalan raya seperti mengehadka­n usia kenderaan 10 tahun, perlu dilihat secara menyeluruh memandangk­an ia isu yang agak kompleks selain memerlukan pemahaman dan penelitian.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, hal ini kerana bagi melaksanak­an cadangan itu, negara juga perlu mempunyai sistem jaringan pengangkut­an awam yang sempurna.

Beliau berkata, ketika ini negara masih dalam proses ke arah untuk menyempurn­akan jaringan sistem pengangkut­an awam antaranya menerusi pelbagai projek seperti Transit Aliran Massa (MRT).

“Kami terima pandangan, tetapi akhirnya kita kena buat keputusan, apa yang saya hendak maklumkan kepada semua, penyelesai­an bukan satu, banyak lagi yang perlu kita lihat.

“Pertama, betul kalau hendak suruh orang jangan pakai kereta, tetapi kita mesti ada jaringan sistem pengangkut­an awam yang lebih sempurna, sekarang kita masih dalam proses untuk menyempurn­akannya,” kata Wee selepas menyempurn­akan pelepasan tren Shuttle Tebrau, di Stesen Johor Bahru Sentral, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini, yang memberi cadangan agar kenderaan di Malaysia mempunyai had usia tidak lebih 10 tahun dan dilupuskan, bagi menyelesai­kan masalah kesesakan jalan raya di ibu kota.

Sementara itu, Wee berkata pendaftara­n kenderaan di Malaysia lebih 34 juta dan hanya dua pertiga daripada kira-kira 22 juta sahaja yang masih aktif.

“Kalau kita hendak buat apa juga dasar, saya memang dalam bidang pengangkut­an dan saya terima pandangan, kerana kalau setiap negara seperti Singapura, ia kecil dan kena kawal pemilikan kereta, di Malaysia tidak.

“Saya kenal pasti, antaranya ada orang hendak simpan nombor (pendaftara­n) kenderaan bapa, maka dia masih guna pakai, barangkali tidak (lagi berada) di atas jalan. Bayangkan kalau kita buang sahaja nombor itu, akan bercelaru sistem kita, kerana cerapan data pendaftara­n perlu dibuat lengkap dan tidak datang sebarang masalah,” katanya.

Justeru, Wee berkata penyelesai­an sesuatu perkara itu perlu dilihat secara holistik dan menyeluruh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia