Utusan Borneo (Sarawak)

Osaka tarik diri dari Kejohanan Grand Slam Wimbledon

Bekas pemain nombor satu dunia dari Jepun itu membuat keputusan tersebut atas faktor kecederaan pergelanga­n kaki

-

PARIS: Bekas pemain nombor satu dunia, Naomi Osaka, menarik diri dari kejohanan Grand Slam Wimbledon untuk tahun kedua berturut-turut pada Sabtu kerana kecederaan.

“Bahagian pergelanga­n kaki saya tidak sihat ketika ini, jadi kita akan jumpa di lain masa,” kata jaguh tenis dari Jepun itu dalam ciapan di akaun rasmi Twitter.

Osaka, 24, sudah menimbangk­an untuk tidak beraksi selepas keputusan badan induk sukan tenis lelaki dan wanita (ATP dan WTA) membuat keputusan tidak memberikan mata ranking pada kejohanan Wimbledon selepas penganjur kejohanan menggantun­g penyertaan pemain dari Rusia dan Belarus sebagai tindakan ke atas penceroboh­an Rusia di Ukraine.

Ciapan Osaka, walaupun tidak secara khusus menyebut Wimbledon, diiringi dengan gambar dirinya di permukaan rumput.

Dia kali pertama mengalami masalah di pergelanga­n kaki pada perlawanan pertama di Madrid pada bulan Mei, dan juga menyebabka­nnya menarik diri dari kejohanan berikut di Terbuka Itali.

“Mengharapk­an kamu cepat kembali cergas @ naomiosaka,” ciapan balas kejohanan Wimbledon kepada Naomi.

Bulan ini, Osaka memuat naik video latihan di media sosial dengan kapsyen: “Di sini saya berlari dalam air kerana pergelanga­n kaki saya sangat degil atau mungkin saya sudah terlalu berusia.”

Nama Osaka ada dalam senarai penyertaan untuk Wimbledon apabila ia dikeluarka­n minggu lepas tetapi dia tidak langsung beraksi pada manamana kejohanan persediaan di permukaan rumput.

Osaka, yang belum pernah melepasi pusingan ketiga kejohanan, menimbulka­n kemungkina­n tidak dapat kejohanan Wimbledon selepas tewas di pusingan pertama kejohanan Grand Slam Terbuka Perancis bulan lepas.

“Saya semakin ke arah tidak dapat bermain jika melihat situasi semasa. Saya seorang pemain yang mendapat motivasi dengan melihat ranking saya naik,” katanya.

“Saya merasakan jika saya bermain di Wimbledon tanpa mata, ia lebih seperti perlawanan pertunjukk­an,” tambahnya.

“Hasrat langkah ini bagus tetapi pelaksanaa­nnya tidak tepat.”

Dua belas bulan yang lalu, Osaka tidak menyertai Wimbledon selepas menarik diri dari Terbuka Perancis berikutan keengganan­nya menghadiri sidang media wajib sebelum dan selepas perlawanan.

Penarikan diri Osaka ini menyusul selepas bekas finalis Eugenie Bouchard juga menarik diri pada kejohanan Grand Slam ketiganya tahun ini.

Jaguh dari Kanada itu berkata ketiadaan mata ranking dunia tidak sesuai dengan rancangann­ya untuk menguruska­n kepulangan semula ke gelanggang selepas pulih dari kecederaan. — AFP

“Bahagian pergelanga­n kaki saya tidak sihat ketika ini, jadi kita akan jumpa di lain ” masa. Naomi Osaka Bekas pemain nombor satu dunia

 ?? — Gambar AFP ?? PASRAH: Gambar fail bertarikh 1 Julai 2019 ini menunjukka­n Osaka meninggalk­an gelanggang selepas perlawanan Kejohanan Wimbledon menentang Yulia Putintseva di London.
— Gambar AFP PASRAH: Gambar fail bertarikh 1 Julai 2019 ini menunjukka­n Osaka meninggalk­an gelanggang selepas perlawanan Kejohanan Wimbledon menentang Yulia Putintseva di London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia