Utusan Borneo (Sarawak)

Bissouma sedia untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara bersama Hotspur

-

Pemain baharu Tottenham Hotspur, Yves Bissouma, sudah bersedia mengimpika­n untuk bermain dalam Liga JuaraJuara bersama kelab barunya.

Pemain tengah itu melengkapk­an perpindaha­n dari Brighton dengan menandatan­gani kontrak empat tahun untuk yuran 25 juta pound, yang mungkin meningkat dengan tambah nilai, menurut agensi berita PA.

Ia adalah pembelian baharu ketiga Spurs selepas mengesahka­n kelayakan ke Liga JuaraJuara dengan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga keempat apabila membelasah Norwich 5-0 pada hari terakhir musim.

Keterujaan meningkat di Spurs selepas kembali ke Liga JuaraJuara, di mana mereka muncul naib juara liga pada 2019 dan pemain baharu tidak sabar untuk mendengar dengan sendiri lagu kejohanan dalam padang.

“Apabila saya masih muda, bola sepak adalah kehidupan saya. Saya mahu bermain bola sepak setiap hari, setiap masa. Jika saya tidak bermain,saya tidak gembira,” kata Bissouma ketika memberitah­u Spurs TV.

“Sekarang untuk menjadi pemain bola sepak profesiona­l,untuk berada di Spurs, sebuah kelab besar, apabila saya ingat pada 11 atau 12 tahun yang lalu,ia memberikan saya keghairaha­n. Ibu dan ayah saya juga di sini dan mereka banyak membantu.

“Untuk berada di London, bersama Spurs dan muzik Liga Juara-Juara, cuba bayangkan? Emosinya terlalu banyak. Saya hanya mahu berkata terima kasih tuhan.

“Ia adalah impian saya untuk bermain dalam Liga Juara-Juara. Ketika saya masih kecil,saya ingat menonton Liga Juara-Juara setiap hari dan saya tidak percaya untuk bermain dalam Liga JuaraJuara bersama Spurs.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKUR: Reaksi Kyrgios (melutut) selepas perlawanan separuh akhir menentang Hurkacz di Kejohanan Halle.
— Gambar AFP AKUR: Reaksi Kyrgios (melutut) selepas perlawanan separuh akhir menentang Hurkacz di Kejohanan Halle.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia