Utusan Borneo (Sarawak)

Brentford hampir pasti kehilangan Eriksen

-

Brentford semakin pasti akan kehilangan pemain tengah, Christian Eriksen kepada kelab pesaingnya, menurut sumber ketika memberitah­u penyiaran ESPN.

Pemain berusia 30 tahun itu menimbangk­an pilihan berikutan minat dari beberapa pasukan di seluruh Eropah termasuk bekas kelabnya, Tottenham Hotspur dan juga Manchester

United.

Pada bulan Januari, Brentford memberikan peluang kepada Eriksen kembali beraksi untuk kontrak enam bulan selepas pemain tengah itu mengalami serangan jantung ketika bermain bersama skuad kebangsaan Denmark pada kejohanan tertangguh Euro 2020 tahun lepas.

Dia melepasi semua jangkaan dalam 11 penampilan, menjaringk­an satu gol dan mengumpan empat lagi gol.

Brentford menang tujuh dari 11 perlawanan ketika Eriksen diturunkan dan sumber mendakwa Brentford adalah antara kelab pertama menawarkan­nya kontrak untuk musim hadapan.

Bagaimanap­un, Spurs dan United juga ada menghubung­i wakil pemain dan sumber mendakwa ada juga minat dari kelab lain di luar Liga Perdana Inggeris - satu perhatian yang menyebabka­n Brentford mungkin terlepas peluang mengekalka­n khidmat Eriksen.

Eirksen difahamkan gembira beraksi di Brentford dan ia tidak mustahil dia mungkin akan terus kekal di Brentford tetapi bulan lepas dia menyuaraka­n keinginan beraksi dalam Liga JuaraJuara sekali lagi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia