Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 60 masyarakat meriahkan Program Bersenam Bersama SGC

-

Seramai 60 masyarakat setempat bersama sebahagian ahli-ahli Kelab Sukan Rekreasi Goyang Sarikei (SGC) memeriahka­n Program Bersenam Bersama SGC, petang kelmarin.

Presiden SGC, Haslie Umar berkata program itu mula dianjurkan pada setiap petang Rabu dan Sabtu setiap minggu, jam 5 petang.

“Program ini dilancarka­n SGC sejak memasuki fasa endemik lalu dan sejak diadakan ia mendapat sambutan amat memberangs­angkan daripada masyarakat setempat.

“Dengan sambutan amat menggalakk­an dari segenap usia lapisan masyarakat, SGC memutuskan menjadikan program itu sebagai rutin setiap minggu dan diadakan dua hari seminggu,” katanya.

Haslie berkata program ini diadakan untuk menyemai masyarakat mengamalka­n budaya hidup sihat melalui aktiviti bersenam.

SGC mula ditubuhkan pada 2019 merupakan sebuah organisasi rasmi berdaftar di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan.

“Dalam menjayakan program senaman kali ini, SGC memilih lokasi kawasan lapang Down Town Taman Selera Sarikei.

“Dengan penganjura­n program ini dua hari setiap minggu, kita amat mengalu-alukan penyertaan masyarakat untuk turut serta bersama SGC pada program kesihatan ini.

“Kita ingin mengajak komuniti setempat bersama SGC dalam melestarik­an amalan gaya hidup sihat di samping mengeratka­n hubungan silaturahi­m,” jelasnya.

SGC kini mempunyai seramai 100 orang ahli berdaftar terdiri masyarakat setempat.

 ?? ?? ERIKSEN
ERIKSEN
 ?? ?? BERSENAM: Ahli-ahli SGC bersama masyarakat menjayakan Program Bersenam Bersama SGC di Sarikei semalam.
BERSENAM: Ahli-ahli SGC bersama masyarakat menjayakan Program Bersenam Bersama SGC di Sarikei semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia