Utusan Borneo (Sarawak)

SK Kampung Kut dominasi Kejohanan Badminton MSS Bahagian Mukah 2022

-

Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kut, Daro mendominas­i Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah (MSS) Bahagian Mukah apabila berjaya merangkul juara dan naib juara pertanding­an tersebut.

Jurulatih pasukan, Muhamad Tarmizi Awang @ Yaacob berkata kejohanand­ua hari itu berlangsun­g di Pusat Sukan Komuniti Mukah.

“Kami satu-satunya wakil pasukan daerah Daro dan kali ini buat pertama kali menghantar pasukan menyertai kejohanan tersebut,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Menurutnya, SK Kampung Kut meruupakan salah sebuah sekolah dilklasifi­kasikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) kerana hanya mempunyai 38 orang murid-murid.

Dengan menghantar dua orang wakil iaitu Muhammad Fathull Awal Saidin dan Mohammad irfan Nazran Sabu segala usaha mereka berbaloi.

Kedua-duanya berentap di pentas akhir hanya menentukan juara dan naib juara namun tetap mewakili SK Kampung Kut.

Manakala tempat ketiga dan keempat dimenangi bersama oleh Sekolah Kebangsaan Agama Majlis Islam Sarawak (MIS) Mukah dan SK St Parish, Balingian.

Turut mengiringi pasukan badminton SK Kampung Sungai Kut adalah pengurus pasukan, Mohamad Narin Othman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia