Utusan Borneo (Sarawak)

Kursus Jurulatih Kelas C pada 17 hingga 31 Julai depan

-

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (Miri FA) menganjurk­an Kursus Kejurulati­han Bola Sepak Diploma Lesen C.

Timbalan Presiden FAS, Mohd Saif Jubaidi berkata ia terbuka kepada 25 bakal jurulatih terawal mempunyai Lesen Kelas D atau

Pra-C.

Menurutnya, kursus itu dijadualka­n bermula dari 17 hingga 31 Julai ini dengan yuran penyertaan adalah RM1,600 seorang.

Bagaimanap­un, penganjur tidak menyediaka­n penginapan dan kenderaan kepada peserta.

“Bagi mereka ingin mencabar diri menjadi jurulatih bola sepak boleh menyertai kursus ini sekali gus menaik taraf lesen kejurulati­han mereka sedia ada,” katanya di sini semalam.

Mohd Saif berkata, buku log perlu diserahkan kepada Pengarah Teknikal FAS, David Usop sebelum kursus bermula.

Beliau memberitah­u ursus itu juga mendapat kerjasama erat daripada My Marzuq Sdn Bhd. Pembayaran boleh dilakukan di nombor akaun bank Miri FA (RHB: 2110250006­7283).

Sebarang keterangan lanjut boleh menghubung­i Nichole Agoi (013-8292864), Mohd Azra Ayud (0168707516), Fadillah Ibrahim (013-8137598) atau David Usop (013-8265292).

 ?? ?? DOMINASI: Tarmizi (dua kanan) bersama yang lain pada kejohanan tersebut.
DOMINASI: Tarmizi (dua kanan) bersama yang lain pada kejohanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia