Utusan Borneo (Sarawak)

Tenis: Berrettini akan menentang Krajinovic di final kejohanan Queen’s

-

LONDON: Juara bertahan, Matteo Berrettini, akan cuba mengekalka­n kejuaraann­ya di final menentang pemain dari Serbia, Filip Krajinovic selepas masing-masing meneruskan kemaraan dari perlawanan separuh akhir kejohanan di Queen’ yang terganggu oleh hujan.

Berrettini, pemain ranking ke-10 dunia dari Itali dan juara di Stuttgart minggu lepas, menewaskan Botic van de Zandschulp dari Belanda 6-4 dan 6-3 pada Sabtu.

Di final, dia akan bertemu Krajinovic, yang akan memburu kejuaraan sulungnya selepas mengejutka­n bekas juara Wimbledon, Marin Cilic dan juara kejohanan di sini pada 2012 dan 2018, dengan keputusan 6-3 dan 6-3.

Berrettini dan Krajinovic bertemu dua kali sebelum ini dengan jaguh Itali menang dalam dua perlawanan di permukaan tanah liat termasuk final di Budapest dua tahun lalu.

Pemain berusia 26 tahun itu kembali bergaya selepas tiga bulan tidak beraksi kerana kecederaan dan memburu kejuaraan ketujuh dalam Jelajah ATP dan yang keempat di permukaan rumput.

“Ia perlawanan yang sangat sukar,” kata Berrettini.

“Kami berhenti kerana hujan. Saya mempunyai banyak peluang. Keadaan berangin dan ia sukar untuk bermain tetapi saya fikir saya bermain di tahap terbaik saya minggu ini pada hari ini dan saya benar-benar gembira dan tidak sabar untuk beraksi di final.”

Berrettini memberikan sebarang peluang kepada lawannya yang berada pada ranking ke-29 dunia, walaupun agak bergelut menyempurn­akan beberapa mata pendahulua­n.

Hujan menangguhk­an permainan selama satu jam namun melegakan sedikit selepas beberapa hari cuaca panas dan selepas kembali semula bermain, hujan sekali lagi menangguhk­an seketika permainan.

Walaupun tertangguh selama 28 minit pada kali kedua, Berrettini bagaimanap­un mengekalka­n rentaknya untuk menamatkan permainan dalam masa satu jam dan tiga puluh minit.

Krajinovic mengejutka­n pilihan ketujuh, Cilic dalam masa 80 minit, selepas belum pernah menang sebarang perlawanan di permukaan tanah liat sebelum ke kejohanan ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia