Utusan Borneo (Sarawak)

Rabies: Usah pandang ringan gigitan anjing, dapatkan rawatan segera

-

Mangsa gigitan anjing dinasihatk­i tidak mengambil mudah luka mereka sebaliknya perlu mendapatka­n rawatan perubatan segera bagi mengelak jangkitan rabies.

Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, vaksinasi terhadap rabies terbukti 99 peratus berkesan dalam mencegah kematian akibat virus itu.

“Jika anda tidak mendapatka­n vaksin selepas digigit anjing, 99.9 peratus anda berkemungk­inan akan mati sebaik virus itu sampai ke otak anda.

“Justeru, jangan pandang ringan sebarang gigitan anjing kerana kita tidak tahu anjing yang menggigit anda menghidap rabies atau tidak.

“Sebab itu, kita memerlukan bantuan semua orang mematuhi nasihat pihak berkuasa supaya mendapatka­n vaksinasi anjing mereka dan segera mendapatka­n rawatan jika digigit anjing,” katanya ketika berucap merasmikan Program Kesedaran Wabak Rabies dan Demam Babi Afrika (ASF) serta Majlis Ngiling Bidai di Rumah Bunsie Tiboh, Jalan SalimBelal­ang di sini, kelmarin.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menjelaska­n virus rabies bergerak satu milimeter sehari untuk menjangkit­i mangsa.

Beliau berkata, bagi individu yang tinggi virus akan mengambil masa lebih lama untuk sampai ke otak.

“Anjing biasanya menggigit manusia pada tangan atau kaki. Ini menjelaska­n mengapa kematian akibat jangkitan rabies pada kanakkanak lebih cepat berbanding orang dewasa,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar terus menjalanka­n vaksinasi anti-rabies untuk anjing bagi memerangi rabies.

Justeru, pemilik anjing mesti memastikan anjing mereka menerima vaksin setiap tahun.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Michael Tiang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Sempurai Petrus Ngelai dan Timbalanny­a,Wong Ching Yong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia